LAKE TEKAPO - OAMARU
"New Zealand is a country of thirty thousand million sheep, three million of whom think they are human (New Zealand mempunyai tiga puluh ribu juta kambing biri-biri, di mana tiga juta daripadanya menyangka mereka adalah manusia)" - Barry Humphries
"New Zealand is a country of thirty thousand million sheep, three million of whom think they are human (New Zealand mempunyai tiga puluh ribu juta kambing biri-biri, di mana tiga juta daripadanya menyangka mereka adalah manusia)" - Barry Humphries
Sebelum memulakan perjalanan ke Oamaru, haruslah meronda-ronda di sekitar Lake Tekapo terlebih dahulu. Sebenarnya, malam tadi kami merancang untuk naik semula ke Mount John untuk melihat pemandangan Tasik Alexandrina dari atas gunung tersebut pada pagi ini. Maklumlah malam tadi tidak nampak apa-apa dan Adrian pula mengapi-apikan kami dengan mengatakan pemandangan amat cantik pada waktu siang. Tetapi hasrat itu terpaksa dibatalkan atas andaian mungkin suhu di atas sana lebih sejuk berbanding suhu di bawah. Sedangkan suhu di bawah ini kami tidak tahan, apalagi dengan suhu di atas gunung itu nanti. Rasa terkilan ada juga, namun apalah yang boleh saya buat melainkan terpaksa menerima hakikat bahawa kami ini orang Malaysia yang tidak biasa dengan cuaca yang melampau sejuk.
Tidak dapat naik gunung, saya mengajak Chik pergi melawat sebuah bangunan yang sudah menjadi ikon di Lake Tekapo iaitu "Church of the Good Shepherd." Gereja kecil ini terletak di tepi persisiran tasik dan tidak jauh dari hostel YHA.
Gambar hiasan semata-mata.
Di tepi gereja, seorang perempuan kelihatan jakun melihat rumput yang merimbun.
Di situ kami hanya bergambar. Ada masuk sekejap dan melihat-lihat cenderamata seperti poskad yang dijual berdekatan dengan pintu masuk gereja.
"Kalau kita beli poskad ni, tak apa ke?" tanya saya kepada Chik. "Rasanya kalau kita beli kita dah macam tolong dia orang maintain church ni. Baik tak payah, kan?" saya tanya, saya juga yang menjawab.
"Ha'ah Siti, baik tak payah."
Kami pun keluar dari gereja lalu berjalan pula menuju ke tugu seekor anjing yang saya kira 'good shepherd' itu. Ia terletak beberapa meter dari gereja.
Semua orang memandang tinggi kepada anjing ini. Tidak hairanlah ia berhidung tinggi. 'Good shepherd' konon...
Setelah puas meronda-ronda dan bergambar, barulah kami betul-betul memulakan perjalanan ke Oamaru. Seperti biasa Chik akan set dahulu alamat tempat penginapan kami di destinasi seterusnya ke dalam GPS. Tempat penginapan kami di Oamaru ialah "Oamaru Top 10 Holiday Park."
Tidak berapa lama kami memulakan perjalanan, Chik berhenti untuk membeli kopi apabila dia ternampak sebuah 'warung' kopi di tepi jalan. Ubat mengantuk katanya kerana hari ini Chik masih mahu memandu. Kami melepak sekejap di kedai "Three Creeks Arts & Crafts" yang terletak bersebelahan dengan 'warung' kopi tersebut.
Tempat melepak. Pemilik kedai ini adalah juga pemilik 'warung' kopi.
Puas melepak, kami meneruskan semula perjalanan. Dalam perjalanan kali ini kami banyak berhenti untuk mengambil gambar. Pantang nampak ladang kambing biri-biri, mulalah saya mengajak Chik untuk berhenti bagi meninjau-ninjau kemungkinan untuk bergambar.
Agak-agak ada tempat untuk memarkir kereta yang bagus, kami berhenti di tepi sebuah ladang kambing biri-biri. Sekadar untuk mengambil gambar kerana melawat ladang kambing biri-biri tidak termasuk dalam jadual perjalanan kami. Dapat mengambil gambar dari luar pagar pun sudah cukup bagi kami.
Apa yang membuatkan kami terhibur sepanjang kami berhenti itu adalah apabila melihat keletah kambing biri-biri yang kelihatan sungguh 'berminat' memandang kami. Kalau manusia, kambing-kambing tersebut boleh dikategorikan sebagai manusia yang jakun. Jakun pula bukan jakun yang biasa, tetapi jakun tahap dewa. Jakunnya kambing-kambing tersebut sehingga tidak berkelip mata memandang kami.
Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan melalui State Highway 8. Walaupun dikira sebagai lebuh raya, jalannya sentiasa sunyi daripada kenderaan.
Gembira tidak terkata!
Agak-agak ada tempat untuk memarkir kereta yang bagus, kami berhenti di tepi sebuah ladang kambing biri-biri. Sekadar untuk mengambil gambar kerana melawat ladang kambing biri-biri tidak termasuk dalam jadual perjalanan kami. Dapat mengambil gambar dari luar pagar pun sudah cukup bagi kami.
Buah cempedak di luar pagar, kambing biri-biri di dalam pagar. Eh?
Apa yang membuatkan kami terhibur sepanjang kami berhenti itu adalah apabila melihat keletah kambing biri-biri yang kelihatan sungguh 'berminat' memandang kami. Kalau manusia, kambing-kambing tersebut boleh dikategorikan sebagai manusia yang jakun. Jakun pula bukan jakun yang biasa, tetapi jakun tahap dewa. Jakunnya kambing-kambing tersebut sehingga tidak berkelip mata memandang kami.
"Kawan-kawan, ada manusia tangkap gambar kitalah. Posing cepat!"
Wajah suci seekor kambing biri-biri.
Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan melalui State Highway 8. Walaupun dikira sebagai lebuh raya, jalannya sentiasa sunyi daripada kenderaan.
State Highway 8
Perjalanan melalui lebuh raya ini membawa kami sekali lagi ke daerah Fairlie (semasa ke Lake Tekapo juga kami melalui Fairlie). Dari dalam kereta saya ternampak sebuah muzium kecil berwarna merah di tepi jalan. Nama muzium tersebut ialah "Fairlie Museum & Colonial Heritage." Kami singgah untuk melawat muzium tersebut. Bayaran masuk yang dikenakan adalah NZD5 seorang. Tiada apa yang menarik sangat (pada pandangan saya yang bukan 'hantu' sejarah ini) dalam muzium tersebut. Ia hanya mempamerkan barang-barang tinggalan zaman kolonial dan justifikasi mereka akan kepentingan barang-barang atau harta-harta tersebut kepada apa yang membentuk New Zealand amnya dan Fairlie khususnya; terutama sekali tentang sejarah pengembalaan lembu dan kambing biri-biri.
Peta muzium.
Setelah puas menelusuri sejarah Fairlie, kami meneruskan semula perjalanan ke Oamaru. Perjalanan kali ini agak mencabar walaupun bukan saya yang memandu. Jalan yang dilalui berbukit-bukau. Ada jalan yang sempit. Ada jalan yang curam dan terletak betul-betul di lereng bukit. Walaupun di tepi lereng, jalannya tidak dipasang penghadang jalan langsung. Kalau kereta terbabas alamat boleh meninggal dunia di tempat kejadian. Tetapi Chik tetap memandu dengan cool.
"Cakap, jalan macam mana yang orang tak pernah lalu. Rasanya semua dah lalu. Terer tak aku?" lebih kurang begitulah kata Chik yang kagum dengan dirinya sendiri...hehehe! Dalam kecut-kecut perut, saya mengakui Chik memang seorang pemandu wanita yang saya kagumi. Bukan sebab kami berkawan baik, maka saya berkata begitu. Tetapi saya kagum disebabkan keyakinan tingginya sewaktu memandu. Apatah lagi beberapa hari sebelum kami berangkat ke New Zealand, Chik telah mengalami kemalangan kecil. Keretanya terbabas sewaktu melalui selekoh tajam. Alhamdulillah dia tidak mengalami apa-apa kecederaan. Kalau orang lain pasti sudah mengalami trauma. Chik, walaupun dia mengaku bahawa dia sedikit trauma disebabkan kejadian tersebut - tetapi seperti yang saya kata tadi - dia tetap memandu dengan cool.
Akhirnya, kami tiba di Oamaru pada lebih kurang pukul 4:00 petang, walaupun dalam perjalanan tadi kami banyak berhenti.
Akhirnya tiba di Oamaru.
Berpandukan kepada GPS, terus sahaja kami menuju ke tempat penginapan. Check-in kali ini lebih mudah. Kami tidak lagi terbiar mencari bilik sendirian. Penyambut tetamu dengan baik hatinya membawa kami terus ke bilik yang telah disediakan untuk kami.
Tada!! Cantik tak bilik ini?
Kami tidak berehat lama di bilik. Lebih kurang pukul 5:00 petang, kami keluar semula untuk aktiviti seterusnya. Setelah puas melihat kambing biri-biri di sepanjang perjalanan tadi, kali ini kami ingin melihat haiwan-haiwan comel berwarna biru pula yang akan memunculkan diri apabila dijemput kegelapan malam.
-Bersambung-
2 comments:
xde pose2 peluk ngan biri2 tu ke? hehe...
Xde..kena lompat pagar dulu kalo nak peluk biri2...huhuhu
Post a Comment