Sunday, February 24, 2013

Pada Masa Saya Sepatutnya Berada di HCMC...

...saya masih lagi terperap dalam bilik sambil membaca novel-novel terbitan Buku Fixi secara marathon.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa membatalkan rancangan bercuti pada kali ini. Saya memohon maaf kepada seorang penulis komentar di entri Cara-cara Melancong Ke Luar Negara yang meminta saya membuat posting selepas pulang dari HCMC (Ho Chi Minh City) nanti. Nampak gayanya perkara itu tidak dapat direalisasikan buat masa ini. Mungkin saya pula yang akan merujuk kepada beliau nanti (kalau ada rezeki menjejakkan kaki ke HCMC).

Sedih juga, tetapi tidaklah berasa terlalu menyesal.  

Baiklah, saya mahu sambung membaca novel-novel Fixi. Perlu serahkan segera kepada tuan yang empunya apabila selesai membacanya.

6 comments:

Waida Yusof said...

Huu... semoga datang lagi waktu lain bagi cikpuan ke sana. Mungkin boleh ke tempat2 lain di Vietnam juga :D

Siti R said...

Uhuhuhu...insya-Allah kalau ada rezeki.

Terasa seperti hilang semangat tidak dapat berjalan2 ke luar negara (amboiii..hihi)

Kurma said...

Best tak novel Fixi? Ramai juga orang beratur di kaunter semasa PBAKL

Siti R said...

Boleh tahan. Aku suka cara penulis2 Fixi menggarap idea. Ada kelainan drp novel2 lain. Cuma...ada sesetengah tu rasanya hanya sesuai dibaca pembaca umur 18 tahun ke atas.

Kalau kau nak cuba baca Fixi aku cadangkan baca novel tulisan Dayang Noor. Ada 2 novel dia dengan Fixi - Jerat & Hilang. Antara dua2 tu aku rasa Hilang lagi best, kot. Jerat tu kureng sikit..

Kurma said...

Ok ke bahasanya? Maklumlah aku belum 18 lagi.

Siti R said...

Haha...iye ke belum 18?

Kebanyakkannya guna bahasa rojak. Kalau tak gemar baik tak payah baca...boleh buat sakit hati juga..hehe!