Sunday, May 27, 2012

Cara-cara Melancong ke Luar Negara

Saya mendapat permintaan daripada salah seorang sahabat baik kakak saya yang mahukan saya berkongsi cara-cara untuk melancong ke luar negara. Untuk tidak menghampakan harapan beliau, saya dengan rasa senang hati ingin berkongsi cara-cara tersebut menurut apa yang saya selalu buat.

Cara-cara Melancong ke Luar Negara, gaya Perempuan Pengembara...lah sangat...

1. Perkara pertama yang penting bagi saya adalah ada orang yang mengajak atau saya yang mengajak orang. Selalunya orang yang mengajak saya kerana saya ini seorang yang pantang diajak - mesti mahu punya. Kalau saya yang ajak rasanya banyak yang tidak berjaya. Contohnya, saya pernah mengajak Chik pergi ke Bali, tetapi dia jawab, "Bali? Tak mahulah. Macam tak best jer."

Selang beberapa bulan kemudian, tiba-tiba dia memberitahu saya yang dia mahu pergi ke Bali bersama-sama dengan rakan-rakan sekelasnya. Apabila pulang, dia menelefon saya dan berkata, "Sitiii...bestnya pergi Bali!" Waktu itu saya rasa seperti mahu melempar kasut kepada Chik seperti gaya seorang wartawan melempar kasut kepada bekas presiden Amerika, George W Bush pada suatu masa dahulu. Nasib baik dia hanya menelefon saya.  Jadi, dia selamat. Huh!

Oh, maafkan saya. Saya bukan mengungkit (mata pandang ke atas, tangan di dada). Saya cuma memberi salah satu contoh ajakan yang tidak berjaya itu.

2. Apabila telah diajak atau sudah berjaya mengajak orang, langkah seterusnya kena tentukan kita mahu melancong atau mengembara ke negara mana. Saya beri contoh, mahu melancong ke Beijing, China.

Namun selalunya kalau kita yang diajak, orang yang mengajak pasti sudah memberitahu destinasi yang ingin dikunjungi. Jarang sekali kita terjumpa dengan situasi begini:

Aku: Mahukah kau pergi melancong dengan aku?
Kau: Mahu melancong ke mana?
Aku: Entah. Aku pun tak tahu. Kau tahu?
Kau: ?

Jadi, saya rasa dalam kebanyakan situasi, destinasi perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti mengajak orang melancong. Itu lebih afdal.

3. Sudah ada destinasi, sekarang boleh fikirkan kaedah melancong yang bagaimana yang sesuai dengan jiwa atau poket kita. Mahu melancong sendiri? Atau mahu menggunakan khidmat agensi pelancongan? Pilihan di tangan kita. Setakat ini, saya banyak melancong sendiri daripada menggunakan khidmat agensi pelancongan. Setiap satu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, banyak-banyaklah berfikir mana yang sesuai.

4. Jika melancong sendiri atau hanya mengambil ground arrangement daripada agensi pelancongan, kita perlu tentukan mahu menaiki kenderaan apa. Biasanya para pelancong akan memilih untuk menaiki kapal terbang jika destinasinya jauh seperti contoh di atas iaitu Beijing, China. Jarang sekali para pelancong memilih untuk menaiki kereta api untuk ke sana. Orang yang menaiki kereta api untuk ke sana adalah pengembara yang berhati kering. Mengapa saya kata orang itu pengembara yang berhati kering? Janganlah ditanya. Saya pun tidak tahu mengapa.

Baik, kita tinggalkan pengembara yang berhati kering itu dengan menaiki kapal terbang. Syarikat mana mahu pilih? Sekali lagi, pilihan di tangan kita. Sekarang ini bukan tangan sahaja, di hujung jari pun kita boleh memilih! Hebat, bukan? Apa lagi jika syarikat-syarikat penerbangan ini berlumba-lumba untuk mengadakan promosi tambang murah bagi menarik orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka. Masa inilah yang paling sesuai jika kita mahu 'shopping' tiket kapal terbang secara online.

5. Research, research, research! Inilah antara perkara penting yang perlu dilakukan sebelum kita melancong ke mana-mana terutama sekali jika kita memilih untuk melancong secara independent tanpa terikat dengan agensi pelancongan.

Antara perkara-perkara yang perlu dikaji:
  • purata suhu dan cuaca di negara tersebut (termasuklah pada tarikh kita melancong negara tersebut berada dalam musim apa).
  • bahasa pertuturan penduduk negara yang ingin dilawati.
  • kadar tukaran mata wang. Saya sering merujuknya di laman web xe.com.
  • tempat-tempat menarik di negara tersebut yang ingin dilawati. Di sini perlu juga dikaji sekiranya ada bayaran masuk yang perlu dibayar, waktu lawatan, masa yang disarankan untuk melawat tempat tersebut, pakaian yang sesuai dipakai, dan lain-lain yang berkaitan.
  • budaya dan cara hidup penduduk. Contohnya di China, kebanyakkan tandasnya tidak berselak, ya. Mungkin sukar untuk kita mendapat maklumat tersebut. Tetapi kalau rajin mengkaji dan mencari, mungkin akan terjumpa dengan travelog saya yang ada menceritakan akan hal tersebut...hehehe!
  • lokasi restoran makanan halal; jika takut kelaparan sepanjang berada di negara orang. Boleh cuba cari di zabihah.com. Saya selalu merujuk di laman web ini untuk mencari lokasi restoran makanan halal tetapi selalu juga terlupa untuk mencatat alamat restoran sebelum terbang ke negara yang ingin dilawati. Sudahnya, kalau tidak berjumpa restoran makanan halal, saya dan rakan sepelancongan (eh, ada ke perkataan rakan sepelancongan? Hehe...) akan makan di restoran yang menghidangkan menu vegetarian. Atau makan roti/buah-buahan. Jadi, janganlah ikut perangai yang tidak elok ini, ya.
  • waktu solat. Boleh cuba cari di laman web islamicfinder.org. Selain waktu solat, laman web begini ada juga memberi panduan arah kiblat.
  • adakah kita perlu memohon visa untuk ke negara yang ingin dilawati. Contohnya, jika mahu ke negara China, kita perlu memohon visa.     
6. Boleh mula merangka itinerary atau jadual perjalanan. Untuk ke New Zealand baru-baru ini, saya menggunakan Google Docs untuk merangka itinerary sepanjang berada di New Zealand. Sangat mudah kerana saya boleh mengongsinya dengan rakan sepelancongan saya (walaupun dia tidak pernah buka selepas saya tunjukkan kepadanya).

Kalau melancong menggunakan khidmat agensi pelancongan tidak perlulah merangka itinerary ini kerana pihak agensi yang akan menyediakannya. Cuma masalahnya kita akan terikat dengan pakej yang disediakan. Kecuali agensi pelancongan yang sedia untuk customise pakej pelancongan mengikut kehendak pelanggan.

7. Daripada itinerary, kita boleh mula mengira - atau untuk orang yang lemah matematik seperti saya - mengagak bajet/kos yang diperlukan sebelum, semasa, dan selepas melancong. Suka saya mengingatkan agar tidak menghabiskan semua wang perbelanjaan yang dibawa semasa melancong. Tinggalkan sedikit (banyak lagilah dialu-alukan) untuk hari kita akan pulang ke tanahair. Manalah tahu nanti kena bayar untuk excess baggage atau terberkenan dengan t-shirt yang dijual di airport...

8. Booking hotel sekiranya melancong sendiri. Ia boleh dilakukan secara online. Boleh terus booking daripada laman web hotel itu sendiri. Boleh juga booking melalui laman web seperti agoda.com, wotif.com, venere.com, tripadvisor.com, hostels.com... Ah, sebenarnya ada banyak laman web yang boleh dicari, saya sekadar menyebut beberapa laman web yang boleh dipercayai dan saya sendiri pernah guna.
 
9. Pasport. Kalau belum ada pasport, cepat-cepatlah pergi buat pasport. Sekarang lebih mudah kerana ada pasport yang boleh dibuat dengan harga RM100 dan sah untuk tempoh 2 tahun (tempoh sebenar: 1 1/2 tahun).

10. Persediaan material: Beg yang sesuai. Pakaian yang sesuai dan jumlah yang sesuai dibawa mengikut berapa hari kita melancong. Toiletries. Ubat-ubatan. Wang yang sudah ditukar kepada matawang negara yang ingin dilawati. Makanan dalam paket. Dan apa sahaja yang dirasakan perlu dibawa asalkan tidak membebankan; contohnya bantal busuk.  

11. Persediaan fizikal. Melancong ini memerlukan stamina yang kuat sebenarnya. Apatah lagi jika kita melancong sendiri. Perlu bersedia untuk banyak berjalan kaki. Mungkin juga perlu berlari (untuk mengejar kapal terbang, contohnya). Jadi, banyakkan bersenam. Jangan ikut saya. Saya memang malas bersenam. Tetapi saya rajin berjalan kaki...sebab saya tiada kereta. Hahaha!

12. Persediaan mental. Perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan. Dari itu, tahap kesabaran yang tinggi amat diperlukan sepanjang masa. Contohnya jika kita melancong secara berkumpulan. Perlu banyak bersabar dengan sikap ahli rombongan yang selalu lewat. Atau, kalau kita sendiri ialah orang yang selalu lewat itu, perlulah banyak bersabar sekiranya sering diperli atau lebih parah sering dimarahi.

Namun bagi saya senang sahaja. Jangan buat apa yang kita tidak suka orang buat kepada kita. Ada faham?

Fuh! Itu dia cara-cara melancong ke luar negara yang dapat saya fikirkan buat masa ini. Sekiranya apa yang saya tulis di atas terkeluar daripada tajuk, harap maafkan saya. Sekiranya ada kekurangan atau saya ada tertinggal apa-apa isi penting, harap dapatlah ditambah atau dikongsikan.

Kepada kakak yang bertanya, harap sedikit sebanyak sudah dapat gambaran bagaimana hendak melancong ke luar negara. Terima kasih juga di atas pertanyaan.

Selamat melancong!    

34 comments:

Emy Tak Kecik said...

banyak tips ni... :D

tak sabar nak baca travelog NZ...update ok

Siti R said...

Hehe...

Insya-Allah...dlm masa terdekat ni..cewah..

Kurma said...

khakahkah lawak...
Sukanyaaaa.. ko ada bawak bantal busuk skali ke? ehehehhe

Siti R said...

Tak main la bantal busuk. Itu cuma contoh sahaja ye...

Kurma said...

mak aku kata siapa ajak dia blanje.. aku rasa aku akan jadi orang yang diajak hehehehehe atau aku rasa takde sape ajak aku ni hahaha

Siti R said...

Alolololo...takkan takde org nak ajak kot..

Apa kata ko ajak aku - mesti mahu punya...sebab ko yg belanja..hehehehe

puan bunga tulip said...

cik siti r nak melancong ke mna pula lepas ni?

Siti R said...

Insya-Allah tahun awal thn depan ke Ho Chi Minh City

Anonymous said...

saya pn nak ke ho chi minh 23-25hb feb..cik siti pg bila pula?

pok amid littor said...

Assalam Cik Siti R, bila dah balik dari HCM city, jangan lengah-lengah buat posting tau... kerana saya akan ke sana April 2013 nanti. Hehehehe, bukan apa, nak dapatkan tips berharga, mungkin tak ternilai bukan tak bernilai, drp sdri.

Siti R said...

Cikpuan/Encik Anonymous,

Wah..sama tarikh..tp sy sampai 26hb :)

pok amid littor,

Alamak...sy akan cuba utk tidak melengah-lengahkannya..terima kasih kerana berminat mendapatkan tips di sini..uhuhu...

Erin said...

Mmg best jika dapat selalu melancong. Jauh perjalanan luas pengalaman...

Siti R said...

Yups..betul tu :)

Anonymous said...

siti ada nak pergi mana2 tak..nak join boleh

che dai said...

akak teringin2 nak ke ho chi minh tapi hubby macam tak confiden je nak g sendiri.

Siti R said...

Anonymous: Buat masa ni saya pergi & balik keje saje..hehe..Apa kata perkenalkan diri anda dulu :)

Kak Che Dai: Oh, ye ke? Susah juga tu..

Anonymous said...

Assalam,
lepas ni siti nak melancong kemana plak? sy nak join bole x?
sy mint melncg tp xde partner.
hrap dpt invite sy skali..ni almt emel sy :)

hermiatihamzah@yahoo.com


Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


che dai said...

akhirnya sampai jugak ke HCM Hari Malaysia baru2 ni. Banyak tips kutip dlm blog ni. Tq. Apapun akak g dengan agen...ha.

Siti R said...

Alhamdulillah...sama2 kak.. :)

Seronoknya...saya juga yg tak sampai HCM lagi..huhu

~Wardah Abu Dardak~ said...

ada masa boleh lah lihat page saya http://pencariketenangandisana.blogspot.com/2013/11/set-kurus-shaklee-yang-meletop.html?m=1

Anonymous said...

a.salam kak , saya pun solo traveler.....penah pegi bandung dan bali seorang ......tapi rasanya lg srunuk kalau ada teman untuk travel.....in case kalau sesiapa berminat nak travel dgn saya bole mesej saya dkt fb moon_6ytz@yahoo.com ............nak ajak kwn tapi semua ada komitment.....susah la...

Anonymous said...

a.salam kak iza , marina pun solo traveler.....penah pegi bandung dan bali seorang ......tapi rasanya lg srunuk kalau ada teman untuk travel.....in case kalau sesiapa berminat nak travel dgn saya bole mesej saya dkt fb moon_6ytz@yahoo.com ............nak ajak kwn tapi semua ada komitment.....susah la...

glokaladventure said...

Tips yg bagus....ada pengalaman ke jepun tak?

glokaladventure said...

Cik Siti R, next trip nk join bleh....? :)

Siti R said...

Ramainya ajak travel...haha...
Tq semua...tp saya tak boleh janji apa2...kalau ada rezeki insya-Allah :)

amirah murah said...

Salam..
Jom Holiday Jakarta-Bandung Murah
kami ejen dari Bandung bila tuan/puan yang hendak cuti/holiday Bandung boleh
kami Bantu keperluan tuan/puan, untuk harga boleh runding tak ada minimal
orang, 1 orang pun saya layani. ada pakej dan kereta sewa boleh pilih mana
yang suka.
perkhidmatan kereta sewa untuk guna City tour jakarta dan Bandung
kereta :
1. Toyota Avanza
2. Suzuki APV
3. Toyota Innova
4. Van Isuzu Elf (12 seat, 15 seat, 18 seat)
bila tuan/puan butuh bilik hotel pun saya sedia dari star 1- star 5

untuk tempahan sila call/whatsapp : +6281394444490
e-mel : amirah.murah@gmail.com

DrCat said...

u are funny!

salam kenal..akak baru nak berjinak2 jadi traveller ni...:)

Siti R said...

Terima kasih, kak :D

Salam kenal jugak.

Selamat datang ke dunia traveling dan selamat membenarkan diri 'digigit' travel bug. Sekali dah travel pasti nak travel lagi ;)

Anonymous said...

Salam berkenalan....saya pun suka travel tp x ada kwn..masalah yg sama juga...
Jika travel lg... sudi2lah ajak saya skali ya....

Anonymous said...

Nk pegi NZ..tp pening smpi skunk..nk flight yg direct..klo transit2 rse huru hare idop..uwaaa

Anonymous said...

Salam.pakej mahira travels pun bagus.mula2 dulu ada yg recommendkan service diaorh sbb diaorg ni ada own holiday bungalow di aussie. Then after thst ikut trip nz and europe diaorg.mmg amazing masyaAllah. Service pun bagus betul.

http://www.mahiratravels.com diaorg blh customade ikut kehendak pelanggan

nasihah bali said...

Salam tuan tanah, mohon iklankan sebentar ya, saya menyediakan pakej Melancong ke Medan-Danautoba-Berastagi dengan layanan yang sangat memuaskan dengan harga yang dibayar,kami akan berikan info-info penting sebagai persediaan anda ke Medan maka banyak anda tahu, kami semua muslim maka makanan dijamu halal waktu solat tiada masalah hee, berpengalaman handle beratus-ratus trip, keseronokan anda jaminan kami

017 5367426 Nurul Insyirah
emel: melancongmurahbaloi@gmail.com
Instagram : melancong_murah_baloi

bali tours said...

Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
Wechat ID : astawa-krishna
RM 160 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
Sewa Kereta Murah Kat Bali
Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.