Sunday, May 17, 2015

Kembara Buku di PBAKL 2015

Satu perkembangan yang sangat menarik aku lihat dalam industri buku sekarang ini ialah semakin bertambahnya buku-buku travelog yang diterbitkan oleh rumah-rumah penerbitan tempatan. Jenuh juga hendak pilih tajuk yang mana hendak dibeli memandangkan bajet yang ciput dan kudrat yang terhad untuk mengendong bebanan buku yang boleh tahan beratnya.

Maka, setelah berenang di lautan manusia sebanyak tiga kali di PWTC, inilah buku-buku, komik-komik, dan novel travelog yang sempat aku pancing di sana.

Silalah menjamu mata.

Di antara banyak-banyak buku di atas, cuma travelog yang bertajuk "Advantura Pulang ke Malaya" tulisan Badrul Hisham yang telah habis aku baca. Perasaan aku lepas baca travelog ini? Sedikit kecewa sebenarnya. Mungkin sebab aku ada high expectation terhadapnya. Kalau rajin, aku akan ulas lebih lanjut. Kalau rajinlah...hahaha!

Ok, aku minta diri dulu. Nanti sambung cerita lagi, insya-Allah.

Ciao!

8 comments:

Zilla said...

saya nak tunggu review buku karya Badrul Hisham tu..baca komen2 di FB rata2 kata bagus..

niL said...

Kenape? Tak best ke?
Baru plan nak beli niii

Bila Kaki Berjalan said...

hi.Banyak juga buku travel sekarang. Boleh suggest buku travel yang menarik dan sesuai untuk dijadikan contoh untuk penulisan buku travel?

TQ!

Siti R said...

Sorry uolls lambat reply komen...guna henpon susah sikit. Ni baru dapat on lappy..heuheu

Zilla: Insya-Allah...saya nak mula karang ulasan saya sedikit masa lagi...(mcm bagi alasan je ni...hehe).

niL: Bukan tak best tapi pada saya ada mcm kekurangan sikit...nanti saya ulas ek :)

Cik BKB: Kalau nak tgk contoh travelog yg bagus tulisan penulis tempatan, saya cadangkan cikpuan baca buku Kembara Sastera UK-Dublin - Nisah Haron. Seorang lagi penulis, Munir Ramli...saya suka travelog beliau 'Rindu Eropah Tawan Damascus' dan 'Permata di Pintu Kaabah'

Bila Kaki Berjalan said...

Wah..terima kasih atas cadangan ini.saya akan cari dan baca buku-buku ini.

thanks again!

Siti R said...

Sama-sama.

Happy reading & writing. Good luck ;)

sweet sour said...

Kat mana nk cri rindu eropah tawan damascus yer?

Siti R said...

Boleh cuba cari di website Karangkraf...'karangkraf mall' tak silap saya kalau nak beli online.