Tuesday, August 13, 2013

Berita Baik

Alhamdulillah...

Akhirnya ada juga aplikasi khas untuk pelancong/pengembara/frequent flyer Muslim untuk kemudahan mendirikan solat dalam kapal terbang. Berita penuh boleh baca di sini.

Masalah yang selalu timbul apabila berada dalam penerbangan yang panjang adalah apabila hendak menentukan waktu masuk solat dan juga arah kiblat. Terpaksa guna cara manual seperti melihat panjang dan kedudukan bayang-bayang dan juga kedudukan matahari. Jenuh juga hendak mengingat langkah-langkah tersebut. Jadi, dengan adanya aplikasi sebegini saya percaya masalah ini akan dapat diselesaikan dengan mudah.

Buat masa ini, aplikasi solat dalam kapal terbang ini hanya boleh didapati dalam iPhone App. Tapi jangan bimbang...aplikasi ini akan diperluaskan kepada pengguna telefon pintar Androids pula nanti. Tunggu sahajalah, ya.

Eh...yang saya terlebih excited ni, macamlah saya ada iPhone. Jangan kata iPhone, apa-apa smartphone pun saya belum ada. Kasihannya saya dengan diri sendiri...  

3 comments:

Munira Md Zin said...

Salam. Sangat seronok baca experience empunya blog ke christchurch. Teringat zaman belajar kat canterbury uni dulu. :)

Siti R said...

Waalaikumusalam Cikpuan Munira. Terima kasih :))

Bertuahnya dapat merasa tinggal dan belajar di sana...

tenku butang said...

done follow sini no. 16
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang@gmail.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/