Saturday, November 10, 2012

Catatan Kembara K-Pop: Tentang Handphone

Seoul, saya datang!

Sebenarnya saya tidak begitu teruja sangat hendak menghabiskan cuti di bumi K-Pop ini. Risaukan kucing yang tidak begitu sihat, saya hampir-hampir sahaja ingin membatalkan tiket penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang sudah ditempah sejak bulan Julai yang lalu. Tetapi, alang-alang menyeluk kad kredit untuk menempah tiket, biar sampai satu badan ke Seoul.

Alhamdulillah. Sampai juga saya ke Seoul pada bulan lepas walaupun dengan sedikit rasa berat hati. Satu hal yang saya fikirkan (setelah membaca beberapa travel blog yang lain), adakah perlu saya menyewa handphone apabila sampai di sana? Kenapa saya fikirkan hal yang remeh dan yang temeh ini? Kerana yang remeh dan yang temeh inilah yang berlegar di sekeliling kita. Okay, itu tidak menjawab soalan.

Ini jawapannya. Katanya bandwidth yang digunakan di Korea Selatan tidak sama dengan yang digunakan di negara ini. Tidak compatible. Ini maklumat yang saya dapat di blog BackpackerBusuk.

Disebabkan itu, sebaik sahaja sampai, saya cuba menghantar SMS ke Malaysia.

Beberapa minit kemudian...

Ada balasanlah! Yeay! Tidak payah sewa handphone! Tidak payah seluk kad kredit lagi! Fuh, selamat. Jadi kepada sesiapa yang akan ke Korea Selatan, rasanya tidak perlulah menyewa handphone kalau sudah biasa roaming di negara lain. Itu pendapat saya berdasarkan pengalaman ini. Apa-apapun, pilihan terletak di tangan masing-masing.

Baiklah. Itu cerita tentang handphone saya. Mahu cerita tentang handphone orang Seoul pula...boleh tersipu-sipu saya jadinya (saya mahu tutup muka sekejap, malu betul!).

Baik, sambung semula. Rata-rata orang Seoul menggunakan handphone berjenama Samsung (patriotik sungguh mereka ini). Kalau dalam subway, jangan ceritalah. Masing-masing menghadap handphone - Galaxy SII, SIII, Note...to name a few. Malu betul hendak keluarkan handphone saya yang dalam kategori not-so-smart-phone. Kalau ada pun yang menggunakan handphone yang sama kategori dengan saya, mereka ini tidak lain dan tidak bukan ialah...orang-orang tua atau dalam bahasa yang sedap didengar; warga emas. Toink!

Jadi, itulah catatan saya tentang handphone. Bersambung cerita tentang perkara lain pula di lain masa. Annyeong (eh, betulkah?).


Inilah salah satu contoh not-so-smart-phone. Buat rujukan andai ada yang sudah lupa bagaimana rupanya :P

6 comments:

niL said...

Wahh! g Melawat k-pop! Tak sabar nk tunggu update..cepatt!!

Siti R said...

Tungguuuu...hehehe~

Waida Yusof said...

Mak aih. Jika begitu, telefon saya juga hanya digunakan golongan veteran. Ho ho ho!

Siti R said...

Heheheh~

Fatt said...

itulah yg sy ckp, sy pun tak phm nape ada org ckp hp kita takleh guna kat sana. tp rasanya call dah tak penting sbb klu ada smartphone just install skype & bleh col free. klu sms bleh guna w/app. roaming dah tak perlu sbb ada teknologi internet. tp utk kes awk, phone kena tukar..hehe..smartphone paling cikai pun ok sbb byk benefit. dulu sy pakai hp lagi cikai dr hp awk yg skrg..keep denying why i perlu tukar smartphone coz jarang guna..until i changed then only i know the benefit :)

Siti R said...

Ooo...nampak gaya sy memang ketinggalan zaman dah ni...uhuhuhu!

Disbbkan cik Fatt sudah meracun sy...sy kena fikir secara serius utk bertukar kpd smartphone..ngee~

*Tq sudi melawat blog sy...terharu <3