Hari Keempat - 26/4/2010
Xi'an
Kereta api tiba di Xi'an Railway Station pada pukul 08:25. Sebaik sahaja saya dan Chik keluar daripada perut kereta api, kami dihampiri oleh seorang lelaki China dalam lingkungan usia 50-an di platform. Demi sahaja mendengar suaranya, saya menjadi amat terpegun sekali. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang saya dengar.
Pakcik tersebut merupakan seorang pemandu teksi. Jadi tidak hairanlah dia menghampiri kami dan bertanya kami hendak ke mana dengan ramahnya. Oh ya! Pasti kalian tertanya-tanya apa yang membuatkan saya terpegun dengan pakcik tersebut, bukan? Bukan kerana giginya yang hitam berkarat (ok, ok, saya memang tidak dapat mengelak daripada asyik melihat barisan giginya semasa dia bercakap kerana saya terfikirkan sesuatu. Tetapi apabila difikir balik, tidak patut saya kongsikan di sini...huhu...). Saya terpegun kerana pakcik tersebut SANGAT fasih berbahasa Inggeris. Saya benar-benar tidak menyangka akan berjumpa dengan seorang rakyat China yang benar-benar boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lancar di daerah Xi'an ini. Bahasa Inggerisnya sangat bagus sekali!
Dia menawarkan diri untuk menghantar kami ke hotel. Katanya dia hanya akan mengenakan tambang yang paling minima iaitu sebanyak RMB6 sahaja. Hampir tidak percaya kami mendengarnya. RMB6 sahaja? Biar betul! Betul, katanya. Ini adalah kerana tambang yang selebihnya akan ditanggung oleh pihak hotel. Maksudnya jika tambang sebenar ke hotel adalah RMB20, kami cuma perlu membayar RMB6, manakala RMB14 lagi akan dibayar oleh pihak hotel kepada pemandu teksi. Wallawey!
Lalu pakcik tersebut bertanya adakah kami sudah booking hotel dan apa nama hotelnya. Saya kata sudah dan nama hotel itu ialah 7 Sages Youth Hostel. Tiba-tiba wajahnya berubah. Katanya, "the hostel is just outside the Wall. You can just walk there."
Oh! Patutlah pihak hostel tidak mengenakan apa-apa bayaran jika kami mahu mereka menjemput kami di Stesyen Kereta api. Rupa-rupanya hostel tersebut hanya terletak di luar Ancient City Wall (tembok lama yang mengelilingi bandar Xi'an) yang berada di hadapan Stesyen Kereta api. Setelah mengucapkan terima kasih, kami meninggalkan pakcik tersebut meneruskan usaha mencari pelanggan yang lain.
Melanie si Pemandu Pelancong
Keluar sahaja daripada kawasan platform, Chik mencadangkan agar kami membeli tiket pulang ke Beijing pada malam esok terlebih dahulu. Melilau juga kami mencari kaunter tiket dalam bangunan Stesyen Kereta api. Agak hampa juga kerana Pegawai-pegawai stesyen kebanyakannya tidak boleh berbahasa Inggeris. Telahan saya bahawa orang-orang di Xi'an boleh berbahasa Inggeris sebaik pakcik tadi rupa-rupanya tidak benar belaka. Namun, akhirnya ada juga seorang pegawai yang faham apa yang kami mahukan dan memberitahu bahawa kaunter tiket berada di luar bangunan. Itupun dengan menggunakan bahasa isyarat (bercakap dengan orang yang tidak 'faham bahasa' di negara asing ini boleh membuatkan kita pandai men'decode' bahasa isyarat secara otomatik. Percayalah).
Sampai sahaja di luar bangunan, Chik menawarkan diri untuk pergi membeli tiket. Saya pula menunggunya di hadapan stesyen sambil menjaga beg-beg kami. Sedang saya menunggu, saya dihampiri oleh seorang wanita China. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Melanie, seorang Pemandu Pelancong. Dia bercerita mengenai pakej lawatan yang ditawarkan oleh syarikatnya. Saya kagum juga dengan Melanie. Seperti pakcik tadi, dia juga sangat fasih berbahasa Inggeris. Kerisauan saya mengenai masalah bahasa yang akan kami hadapi sebentar lagi apabila keluar daripada kawasan Stesyen Kereta api hilang apabila mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Melanie. Saya agak berminat juga dengan pakej-pakej yang ditawarkan. Saya bertanya Melanie, adakah pakej yang termasuk lawatan ke Terracotta Warriors and Horses Museum dan Mount Huashan. Dia kata ada. Saya pasti Chik akan tertarik kerana dia begitu berminat untuk ke Mount Huashan selain daripada ke Terracotta Warriors and Horses Museum.
...cuma masalahnya kami sudah tempah bilik hostel terlebih dahulu. Deposit sudah dibayar...dalam matawang Euro pula. Kalau kami ikut pakej yang ditawarkan, kami akan terus dibawa ke tempat-tempat lawatan yang dipilih, manakala hotel akan diuruskan oleh pihak Melanie. Terpaksalah saya korbankan deposit yang sudah dibayar. Walaupun nilainya kurang daripada €10.00, tetapi jika ditukar kepada Ringgit Malaysia, berbelas Ringgit juga saya rugi. Iskh! Berkorban apa saja...
Tidak lama kemudian Chik kembali ke tempat saya menunggu dengan berwajah masam. Pasti ada yang tidak kena. Kata Chik dia tidak dapat membeli tiket kerana kerani tiket tidak boleh langsung berbahasa Inggeris. Melihat kami berbual-bual dengan wajah yang berkerut dan penuh kerisauan, Melanie bertanya kenapa. Kami beritahu masalah kami lalu dia menawarkan diri untuk menolong kami membeli tiket. Thank God for Melanie!
Tiga Destinasi
Setelah tiket berada dalam tangan, kami meneruskan perbincangan dengan Melanie mengenai pakej lawatan yang hendak diambil. Kami mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat Melanie untuk meneruskan percutian di Xi'an kerana kami sudah kepenatan ditambah pula kami tidak begitu yakin hendak meneruskan perjalanan secara sendirian di sana.
Jadi kami mengambil pakej yang mengandungi lawatan ke tiga destinasi pelancongan yang popular di Xi'an iaitu Terracotta Warriors and Horses Museum (destinasi wajib bagi kami), Huaqing Hot Springs dan Mount Huashan. Harga pakej untuk seorang adalah RMB500; untuk bayaran pengangkutan dan pemandu (termasuk bayaran tol) tetapi tidak termasuk bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan dan hotel. Deposit yang perlu dibayar adalah RMB250 seorang, manakala bakinya boleh dibayar pada hari terakhir iaitu pada hari keesokkannya. Kami juga menyatakan keinginan untuk singgah ke Moslem Street terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Melanie bersetuju tetapi sebelum ke sana kami perlu singgah di pejabat Melanie untuk menukar kenderaan daripada van yang dibawa kepada kenderaan lain (kami tidak tahu kenderaan jenis apa. Kami fikir mungkin kereta sedan memandangkan hanya kami berdua sahaja yang mengikuti pakej tersebut).
Dalam perjalanan ke pejabat, Melanie menceritakan serba sedikit tentang sejarah awal Xi'an dan Terracotta Warriors yang telah berusia lebih kurang 2 ribu tahun. Bla, bla, bla...(saya memang fail hendak mengingat fakta sejarah. Saya ada cuba untuk mencatat tetapi disebabkan saya tidak pernah belajar trengkas, saya 'ketinggalan kereta api'...jadi, lebih baik cari di internet sahaja). Sampai di perkarangan pejabat, kami turun daripada van untuk menaiki kenderaan lain yang disediakan untuk kami. Sangkaan kami meleset kerana bukan kereta sedan yang jadi gantinya, tetapi sebuah mini van. Wah! Begitu selesa sekali. Kami dapat duduk di single seat di bahagian tengah mini van, manakala tempat duduk belakang boleh memuatkan 3 hingga 4 orang lagi. Sangat berbaloi dengan apa yang dibayar. Setakat ini kami sungguh berpuas hati.
Melanie hanya mengiringi kami sampai di pejabatnya sahaja. Selepas itu kami hanya ditemani oleh pemandu kenderaan kami iaitu Qing Kang. Orangnya sederhana tinggi dan berbadan sedikit gempal. Muka nampak garang, tetapi apabila bercakap dengan kami dia agak 'soft spoken' dan sungguh bersopan sekali. Dengan kami juga dia bercakap sepatah, sepatah kerana tidak begitu fasih berbahasa Inggeris.
Jadi, selepas mengambil kenderaan, kami meneruskan perjalanan ke Moslem Street...
~Bersambung...mengantuk sudah...~

6 comments:
Salam Cik Siti,
Saya Abdullah dari Singapura. Saya telah membaca journal awak bercuti ke Beijing/Xian bersama Chik and saya tabik anda berdua. Saya juga bercadang hendak ke sana pada awal bulan Mei 2011 nanti.
Saya tak sabar nak tahu seterusnya perjalanan awak. Yg terakhir catetan awak ada lah Hari ke4 Bah 1. Saya harap Cik Siti dpt meluangkan masa utk sambung cerita yg menarik itu.
Soalan: Tlg beri tip bagaimana awak plan and booked accomodation selain dari Agoda yg selalu saya gunakan. Saya rasa stay kat hostel ni berbaloi dari segi penjimatan.
T.kasih
W'salam Tuan Abdullah,
Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman percutian Beijing/Xian saya ini. Harap sedikit sebyk dapat membantu perancangan tuan utk bercuti ke sana nanti (tuan mahu ke Beijing & Xian juga ke?). Saya akan cuba habiskan travelog ini secepat mungkin..insya-Allah.
Saya xde cara tertentu semasa plan cuti ni. Saya search melalui google shj. Agoda ni pun br 1st time saya dengar...lain kali saya boleh cuba :)
Hostel mmg lebih jimat. Kalau tuan ke Beijing mungkin boleh stay di hostel yg sama kami sewa semasa di sana. Spt yg saya ceritakan masa hari pertama & kedua, kawasan sekitarnya sgt convenient; dkt dgn perhentian teksi/bas dan juga stesyen subway.
Kalau ada apa-apa yg tuan ingin tahu saya akan cuba bantu setakat yg saya mampu.
Terima kasih sekali lg krn sudi singgah di sini.
Agoda ni satu co.yg memfokuskan operasinya kepada tempahan hotel disekitar negara-negara Asia Pasific.
Ada banyak office di sekitar Asean including KL.
Harga yang ditawarkan memang lebih murah sebab menggunakan harga travels agent tapi payment by credit card le.
:P
Erk, kat China ada backpackers hostel tak awk?
Tq for the info.
Ada...Qianmen Hostel yg org sewa tu is one of such hostels
salam Cik Siti
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. Saya & adik memang teringin nak melawat Xian..sekarang ni tengah buat research samada nk pegi sendiri atau ikut tour.
Kalau nak minta pandangan Cik Siti boleh ke?
Salam Cikpuan longrain,
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya ini.
Wah, saya taklah pandai sangat nak bagi pendapat tapi saya akan cuba membantu mengikut apa yg saya tau. Mungkin kita boleh berkomunikasi melalui e-mail. E-mail add saya sitirahmah[at]gmail[dot]com
Maaf ya lambat response...dah lama tak masuk blog sendiri..huhu..
Post a Comment