Sunday, January 4, 2015

2.0.1.5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Pehhh...Lama betul perempuan ini tak menulis.

Kalau kalian perasan, entri terakhir aku adalah pada awal bulan Mac 2014 yang lalu. Beberapa hari sebelum seluruh dunia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370. Sejak kejadian malang itu, aku betul-betul hilang mood untuk menulis di sini. Entahlah kenapa. Mungkin sebab aku perempuan (pengembara...lah sangat), maka tahap empati aku terlalu tinggi. Sedih sangat.

Belum hilang sedih sepenuhnya, pada bulan Julai, kita dikejutkan lagi dengan kejadian malang yang menimpa pesawat MAS MH17 pula.

Di penghujung tahun 2014, satu lagi berita malang kita dengar. Pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 pula terhempas.

Sesungguhnya 2014 merupakan tahun yang malang bagi dunia penerbangan :( 

Hanya doa yang mampu dikirimkan buat mereka yang terkorban; dan untuk pesawat MH370 ditemui semula walau apa jua keadaannya sekarang.

On personal note. Aku pun rasa sedih pada diri sendiri. Sebabnya, wishlist tahun 2014 aku satu pun tidak kesampaian :(

Walaupun wishlist tak tertunai, sekurang-kurangnya aku berjaya juga sampai ke tempat lain. Tahun 2014 aku ke Korea Selatan sekali lagi. Kali ini destinasi aku ialah Busan dan Pulau Jeju. Kali ini juga aku travel bersama dengan travel partner yang baru yang merupakan sahabat lama aku sendiri.

Untuk tahun 2015 ini pula?

Sudah ada satu tavel plan yang sudah pasti, insya-Allah. Satu lagi belum pasti aku mahu terima ataupun tidak, walaupun destinasinya adalah salah satu negara yang termasuk dalam wishlist tahun 2014 aku tu...huhuhu~

Dan masa bangun pada pagi tahun baru 2015 yang baru ini, aku diselubungi dengan satu perasaan yang lain macam. Aku rasa tahun ini tahun yang baik untuk aku:

- travel lebih banyak lagi.

- menulis lebih kerap lagi.

Terlalu optimistik, ataupun 'mabuk' euphoria?

Apa-apapun, semoga semangat baru aku ini bukannya jenis hangat-hangat tahi ayam. Terutama yang kedua itu :p

Doakan aku ya ;)

6 comments:

Emy Tak Kecik said...

sejak kenal PP, beijing pon x jejak lagi..padahal dulu tgh buat itineray ke beijing....nak beli tiket je, mahal sungguh rege tiket...last2 kejadian mh370 musnah impian tu terus...xmo g beijing hehe

sila kan travel dan menulis kembali :D

Siti R said...

Lor...jgn ler gitu..beijing best woo..hehe

Time kasih2...:))

PuTrImaRyam said...

salam perkenalan PP (tak tau nama, panggil PP je la ..ok kan)...hopefully dpt travel lagi 2015 kan wpun dah serammm nak naik flight selalu...

Siti R said...

Salam perkenalan Putrimaryam. Terima kasih sudi singgah ke mari :)

Nak panggil PP boleh, nak panggil siti pun boleh...ahaks

Insya-Allah...ada rezeki boleh travel lagi :)

DrCat said...

bestnya drive kat korea!!

err..soalan spoon feed..KT KUMHO ni cuma di pulau jeju je ke...ada perancangan nak ke seoul n busan kih2 cuma tatau bilaaa huaaaa....ingat nak guna subway or ktx je... baca bab kereta ni mcm adventure lah pulak ..ngiiingggg :)

Siti R said...

KT Kumho ni ada kt seluruh South Korea. Cuma sy x galakkan sewa kereta kt Seoul dan Busan sbb sistem subway dan public transport yg lain sgt efisien. Just my 2 cents :)