Sudah hampir 4 tahun berlalu, baru tahun ini saya terfikir hendak kongsikan jadual perjalanan semasa mengembara ke Beijing dan Xi'an, China.
Harap dapat membantu kepada sesiapa yang sedang membuat perancangan untuk ke dua-dua ataupun salah satu tempat ini.
On your mark. Get set. Fly!
Lokasi gambar: Di atas Gunung Hua (Hushan), Xi'an, China.
(Penafian: Botol air mineral itu bukan saya yang punya. Harap maklum).
Hari Pertama
- Terbang ke Tianjin dari LCCT. Air Asia.
- Bertolak: 8:30 pagi
- Tiba di Tianjin: 2:35 petang.
- Tempoh penerbangan: 6 jam 5 minit.
- Dari lapangan terbang (Binhai International Airport), naik shuttle bus ke Stesyen Keretapi Tianjin. Kaunter dan tempat menunggu bas terletak di hadapan pintu keluar/masuk dewan ketibaan.
- Tambang bas: RMB10
- Tempoh perjalanan lebih kurang dalam 30 - 45 minit (agaknya...tak ingat...haha!)
- Naik Bullet Train ke Beijing (Beijing South Railway Station).
- Bertolak: 4:35 petang
- Tiba di Beijing: 5:05 petang
- Tambang tren: RMB69 seorang (Business Class)
- Tempoh perjalanan: 30 minit
- Dari stesyen keretapi, naik teksi ke hotel/hostel
- Check-in hotel: Qianmen Cafe & Hostel yang terletak di Qianmen Street. Lokasi agak strategik - terletak di tepi jalan (senang nampak). Berdekatan dengan perhentian bas dan juga stesyen Subway Qianmen (dalam 200 - 300 meter mungkin) serta boleh berjalan kaki ke Tiananmen Square/Forbidden City.
- Sewa bilik en-suite: RMB180 x 2 malam = RMB360. Deposit (dipulangkan) = RMB100
- Makan malam di restoran halal yang terletak berdekatan dengan hostel.
- Malam; bersiar-siar di sekitar Houhai Lake. Pergi dan balik dengan teksi.
Hari Kedua
- Seawal 7 pagi berjalan kaki ke Tiananmen Square dari hostel.
- Dari Tiananmen Square terus ke The Palace Museum atau lebih dikenali sebagai Forbidden City.
- Tiket masuk: RMB60 seorang.
- Bergerak ke Beijing Zoo dengan menaiki bas. Perhentian bas terletak di hadapan Forbidden City (seberang jalan).
- No. bas: 103
- Tambang bas: RMB1 seorang
- Turun di hentian terakhir. Beijing Zoo terletak di seberang jalan.
- Tiket masuk: RMB20 seorang.
- Bergerak ke Stadium Olimpik Beijing (Bird's Nest) dengan menaiki Subway dari Stesyen Beijing Zoo yang terletak di sebelah stesyen bas yang dinaiki tadi.
- Ambil laluan Anheqiaobei dan turun di Stesyen Olympic Sports Centre
- Dari stesyen, berjalan kaki ke Stadium Olimpik.
- Melawat Bird's Nest
- Bayaran masuk: RMB50 seorang
- Stadium Akuatik atau dikenali juga sebagai Water Cube terletak bersebelahan dengan Bird's Nest (tak masuk).
- Bergerak ke Xidan Commercial Centre (kawasan pusat membeli-belah yang mewah). Naik subway dari Stesyen Olympic Sports Centre dan turun di Stesyen Xidan.
- Bergerak ke Wangfujing Street (kawasan pusat membeli-belah ). Dari Stesyen Xidan turun ke Stesyen Wangfujing.
- Balik hostel. Naik subway dari Wangfujing ke Stesyen Qianmen.
- Makan malam di restoran halal yang sama seperti semalam.
Hari Ketiga
- Melawat Great Wall of China - bahagian Badaling
- Ambil Subway ke Beijing North Railway Station. Turun di Stesyen Xizhimen.
- Beli tiket keretapi ke Badaling:
- Tambang keretapi: RMB17 seorang (kelas pertama); tambang untuk kelas kedua ialah RMB14 seorang.
- Bertolak: 9:33 pagi
- Tiba di Badaling: 10:42 pagi
- Tempoh perjalanan: 1 jam 9 minit
- Dari stesyen keretapi Badaling, jalan kaki ke Great Wall (jarak: 800 meter). Sebelum itu beli tiket pulang ke Beijing terlebih dahulu.
- Dari Badaling ke Beijing:
- Tambang keretapi: sama seperti di atas.
- Bertolak: 1:10 petang
- Tiba di Beijing: 2.29 petang
- Tempoh perjalanan: 1 jam 19 minit
- Check-out hostel.
- Makan tengahari di restoran yang sama.
- Membeli-belah di Silk Market (Xiushui Sinchang). Pergi dengan menaiki teksi, manakala balik semula ke hostel (simpan beg di sana) dengan menaiki Subway dari stesyen Yong'anli.
- Seterusnya ke Beijing West Railway Station untuk menaiki keretapi ke Xi'an.
- Tiket keretapi telah ditempah melalui kaunter hostel:
- Tambang keretapi: RMB237 seorang (untuk 'soft seat'); pihak hostel mengenakan tambahan caj untuk tempahan melalui mereka: RMB60 seorang.
- Naik beca ke stesyen keretapi. Tambang: RMB100 (kena tipu sebab harga sebenar yang diminta pada awalnya adalah RMB25).
- Bertolak: 9:24 malam
- Tempoh perjalanan: lebih kurang 11 jam
Hari Keempat
- Tiba di Xi'an Railway Station pada pukul 8:25 pagi.
- Guna khidmat pemandu pelancong yang menunggu di hadapan bangunan stesyen keretapi.
- Pemandu pelancong: Melanie (English speaking).
- Tel.: 13060392825 (rasanya belum tambah kod IDD lagi).
- E-mel: mami_melanie@hotmail.com
- Pemandu mini van: Qing Kang (dia seorang sahaja yang sebenarnya 'menemani' kami sepanjang tour di Xi'an ini).
- Harga pakej: RMB500 seorang - melawat tiga tempat menarik di Xi'an iaitu
- Huaqing Hot Springs
- Terracota Warriors & Horses Museum
- Huashan (Mount Hua)
- Pakej tidak termasuk bayaran masuk ke tempat-tempat tersebut dan hotel.
- Persinggahan pertama adalah Moslem Street untuk ronda-ronda, makan, dan beli makanan.
- Tengahari bertolak ke Huaqing Hot Springs
- Tiket masuk: RMB70 seorang.
- Kemudian dibawa ke Terracota Factory. Tempat di mana replika-replika terracota dibuat dan dijual. Cenderamata juga ada dijual di sini.
- Seterusnya ke Terracota Warriors & Horses Museum.
- Tiket masuk: RMB90 seorang.
- Petang bertolak ke Huashan. Tempoh perjalanan lebih kurang 3 jam.
- Check-in hotel (tak ingat nama hotel. Hotel misterius/berhantu mungkin).
- Sewa bilik: RMB100 x 1 malam.
- Pagi, check-out hotel.
- Teruskan dengan pergi mendaki Mount Hua.
- Tiket untuk naik gunung: RMB100 seorang.
- Tiket bas ke stesyen kereta kabel: RMB40 seorang; pergi balik.
- Tiket kereta kabel: RMB150 seorang; pergi balik.
- Daki gunung hingga hampir ke puncak: percuma (guna kaki sendiri).
- Turun semula dari gunung pada tengahari.
- Bergerak pulang ke Xi'an.
- Membeli-belah dan makan di Moslem Street.
- Melawat Great Mosque yang terletak bersebelahan dengan bazaar di Moslem Street.
- Bergerak ke Stesyen Keretapi Xi'an dengan menaiki beca.
- Tambang beca: RMB25
- Bertolak ke Beijing pada pukul 8:10 malam.
- Tambang keretapi: RMB237 seorang (untuk 'soft seat').
- Tempoh perjalanan: lebih kurang 11 jam.
- Tiba di Beijing West Railway Station pada pukul 7:30 pagi.
- Ambil teksi ke Beijing South Railway Station.
- Naik Bullet Train ke Tianjin Railway Station.
- Bertolak: 9:40 pagi
- Tiba di Tianjin: 10:15 pagi
- Tambang tren: RMB58 seorang (2nd class)
- Tempoh perjalanan: 35 minit
- Tiba di Tianjin, ambil teksi ke lapangan terbang.
- Terbang ke Malaysia.
Nota:
- RMB = Renmibi
- Kadar tukaran wang: RMB1 lebih kurang dalam 50 sen...masa pergi nilah. Sekarang tak berapa pasti sebab tiada kepentingan untuk ambil tahu...haha~
- Tambang Subway adalah sama untuk semua destinasi (flat rate) - RMB2
- Teksi di Beijing menggunakan meter. Ada tambahan caj RMB1 yang dicampur dengan harga tambang sebenar.
- Harga tiket masuk ke tempat-tempat tumpuan pelancong adalah berbeza mengikut musim.
Tip:
Sekiranya tidak pandai berbahasa Mandarin, ada baiknya dapatkan staf hotel/hostel atau sesiapa sahaja yang sudi menolong, untuk menuliskan nama tempat yang hendak dituju dalam tulisan cina bagi memudahkan komunikasi.
*****
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada kali ini. Sekiranya ada apa-apa kekurangan harap maaf. Sekiranya ada perubahan pada harga tiket/tambang, itu diluar kawalan saya. Segala yang tercatat di atas adalah benar pada tahun 2010.
Sekian.