tag:blogger.com,1999:blog-46121987814775409672024-03-05T12:53:46.605+08:00Perempuan PengembaraTraveling - it leaves you speechless, then turns you into a storyteller ~ Ibn. BattutaSiti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.comBlogger67125tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-45918894873426082972016-04-08T13:57:00.000+08:002016-04-08T13:57:41.506+08:00Kembara Berdua di Bumi Maori 16
OAMARU - DUNEDIN
"I think there are ghosts. I haven't seen or heard anything. I've definitely felt something, but it's not scary (Aku rasa hantu itu wujud. Aku tak pernah nampak atau dengar apa-apa. Yang pasti, aku ada rasa sesuatu, tetapi ia tidaklah menakutkan)" - Robbie Williams.
Saya tidak pasti sama ada kami mahu bersiar-siar terlebih dahulu ataupun kami tersesat. Yang saya ingat, sebelum sampai ke hotel, kami ada melalui satu jalan berbukit yang sangat curam. Walaupun curam, di kiri kanan jalan berderet rumah-rumah yang comel. Kawasan kediaman rupanya.
Kagum saya melihat ada orang yang mahu tinggal di kawasan berbukit curam begini (tak sedar diri betul...padahal rumah di kampung saya sendiri terletak di bawah bukit yang curam. Cuma ia tidaklah tinggi seperti di sini). Ah, saya rasa mereka tidak punya banyak pilihan memandangkan bentuk muka bumi Dunedin ini memang begitu.
Kami tiba di hotel tidak lama kemudian. Berbekalkan peta yang telah diberi semasa check-in tadi, kami mencari kabin bernombor 24 yang akan menjadi tempat perlindungan kami pada malam ini.
Hati terasa tenang dan senang melihat suasana di sini yang tidak ubah seperti sebuah perkampungan kecil. Dan kami menemui 'rumah kampung' kami yang begitu comel terletak di atas bukit. Ya, kawasan hotel ini juga berbukit bukau tetapi tidaklah terlalu tinggi dan curam seperti jalan yang kami lalui tadi.
Kawasan sekitar hotel.
Dalam kabin pula kami berbincang; malam ini hendak masak apa. Kami tidak mengambil masa yang lama untuk mencapai kata sepakat hendak memasak sesuatu yang spesial. Mungkin tak pernah dibuat dek orang. Mungkinlah. Dan oleh kerana spesialnya masakan tersebut, kami perlu keluar semula untuk membeli bahan mentah.
Setelah membeli bahan mentah yang dikehendaki, kami bergerak ke kereta. Semasa Chik mahu set semula route ke hotel, dia tiba-tiba berkata mahu bersiar-siar terlebih dahulu.
"Apa aje tempat yang kita boleh pergi? Kat sini semua tutup awal." Saya mempersoalkan kemahuan Chik itu.
Ke mana-mana sahaja, katanya.
Saya masih ragu-ragu.
"Kita tengok dululah apa yang menarik dalam (GPS) ni," cadang Chik lalu terus membuka menu "Places of Interest" dalam GPS. Saya memanjangkan leher untuk melihat sekali apa tempat-tempat menarik yang disenaraikan. Saya nampak banyak tempat yang saya yakin sudah ditutup pada waktu itu. Juga perkataan Playground dan perkataan...
...cemetery!
Cemetery?
"Apalah...cemetery pun boleh masuk places of interest. Apa yang menariknya ntah," ngomel saya sebagai tanda tak puas hati. Sebenarnya saya dan Chik memang sudah perasan yang cemetery ada dimasukkan dalam menu places of interest di setiap tempat yang kami telah lawati. Cuma malam ini terkomplen pula.
Sudah habis scroll menu, Chik ulang semula melihat dari mula. Entah mengapa dalam rasa tak puas hati, perkataan cemetery itu seolah-olah menggamit hati saya untuk ke sana.
"Jomlah kita pergi melawat kubur," laju pula mulut saya buat cadangan 'ada bran' itu. Tiba-tiba rasa bibir macam tersengih jahat.
Entah apa-apa. Nak pergi kubur pun boleh gelak-gelak. Gembiranya bukan main. Macam nak pergi fun fair. Saya rasa kalau di Malaysia minta maaflah kalau ada sesiapa ajak pergi kubur waktu malam-malam yang sunyi. Seram weh...(lagi sekali tak sedar diri...padahal ada kawasan perkuburan di hadapan rumah di kampung saya. Macamlah tak biasa).
Setelah beberapa minit Chik memandu, kami tiba di sebuah kawasan yang gelap dan sunyi, dan - seperti biasa - terletak di atas bukit. GPS sudah bersuara mengatakan kami telah sampai ke destinasi. Chik pun memberhentikan kereta di bahu jalan yang ada ruang untuk memarkir kenderaan.
Terpinga-pinga kami dibuatnya. Apa yang kami mahu lihat langsung tidak kelihatan. Kami sama-sama tertanya, mana kuburnya?
Puas juga saya besarkan mata mana tahu boleh nampak kubur, tapi tetap tak berjaya. Mahu pergi lebih dekat tak berani kerana bimbang itu kawasan persendirian. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk bergambar dengan berlatar-belakangkan bandar Dunedin sahaja.
Sibuk bergambar hinggakan tak nampak kubur ada di seberang jalan.
Tak lama kami berada di situ, Chik mengajak saya balik. "Jomlah balik Siti. Seram pulak dok sini lama-lama."
Yalah. Saya pun risau kalau tiba-tiba kena 'sergah' dengan vampire ke, drakula ke (hantu-hantu Melayu mungkin tak sampai New Zealand). Boleh tahan seram juga memikirkannya. Maka, cepat-cepat kami masuk semula ke dalam kereta.
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-35172245713762991432015-05-30T17:55:00.001+08:002015-05-30T19:05:15.990+08:00Berjalan Seperti Tony Wheeler
Berjalan di blog kenalan aku, Cikpuan Waida yang manis telah menemukan aku dengan entri beliau yang bertajuk "Berjalan Seperti Rolf Potts." Boleh baca entrinya di sini.
Tertarik dengan kuiz yang telah beliau jawab, membuatkan aku juga teringin hendak tahu jenis pengembara yang bagaimanakah diriku ini.
Kalau Cikpuan Waida berjalan seperti Rolf Potts - and I truly believe she fits the descriptions very well - aku pula berjalan seperti...Tony Wheeler!
I travel like Tony Wheeler !
You are someone who others will come to rely on for their best travel advice and information. With any luck at all, you'll eventually get bought out by the BBC, so you can retire, and then keep traveling anyway.
What type of traveler are you?
Take BootsnAll's Travel Quiz to find out.
Tony dan isterinya, Maureen Wheeler adalah pengasas bersama Lonely Planet, baq hang!
Baiklah...kalau kalian ingin mencuba kuiz di atas, silalah klik pada pautan 'BootsnAll's Travel Quiz' itu, ya.
Have fun!
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-5607079583049720172015-05-23T23:54:00.000+08:002015-05-24T00:52:13.551+08:00Ulasan Travelog "Advantura Pulang Ke Malaya"
Buku comel ini hanya mengandungi 152 halaman. Diterbitkan oleh DuBook Press.
Travelog "Advantura Pulang Ke Malaya" (APKM) ini aku ada sebut dalam entri yang lepas. Boleh rujuk di sini.
Dalam entri tersebut juga aku ada sebut tentang 'sedikit kekecewaan' yang aku rasa selepas membacanya.
Apa dia 'sedikit kekecewaan' yang aku rasakan itu? Aku akan huraikannya di sini.
Kecewa 1. Kisah kembara tuan Badrul Hisham itu tidak ditulis dari A - Z. Untuk kembara yang boleh dianggap sebagai epik, adalah sangat merugikan jika tidak diceritakan kisah dari sebelum, semasa, dan selepas kembara secara terperinci. Maksud aku, bukanlah semua perkara - apa lagi yang remeh-temeh - hendak diceritakan. Memadailah ambil mana-mana pengalaman yang dianggap sesuai untuk bacaan umum. Jadikan ia lebih tebal. Itu sudah cukup mengembirakan bagi aku.
Kecewa 2. Aku rasa bab-bab dalam travelog ini tidak disusun secara kronologi. Aku faham jika tuan penulis hanya mahu menceritakan pengalaman-pengalaman yang menarik dan signifikan dalam kembara berbasikalnya itu. Tetapi lebih molek sekiranya cerita-cerita beliau itu disusun mengikut lokasi negara yang dilalui. Kalian faham kan maksud aku? Aku sering mendapati diri aku tersesat semasa membaca kisah-kisah pendek yang terdapat dalam travelog ini. Lalu ini membawa kepada...
...kecewa 3. Semakin jauh aku membaca, semakin banyak persoalan yang timbul dalam kepala aku. Kalau aku sebut satu persatu persoalan-persoalan yang timbul itu di sini, ia mungkin akan jadi spoiler alert pula kepada yang belum membacanya. Baik aku simpan dalam hati sahaja. Paling mengecewakan, tiada satu pun persoalan itu terjawab walaupun aku telah sampai ke titik terakhir travelog ini.
Itulah 'sedikit kekecewaan' aku. Sedikit sahaja, kan? Ingin aku tekankan kepada pembaca entri ini dan kepada tuan penulis sendiri (bajet macamlah beliau akan terbaca entri ini...heheheh~) bahawa 'sedikit kekecewaan' yang aku rasa itu tidaklah bermaksud travelog APKM tidak best atau tidak bagus.
Sebenarnya Tuan Badrul Hisham menulis dengan sangat baik. Bahasa Melayunya disusun dengan baik dengan gaya bahasa yang indah. Ada ketikanya beliau menulis dengan gaya yang lebih santai mengikut kesesuaian cerita. Aku juga kagum dengan kebolehan beliau menggambarkan suasana dan keadaan di sekeliling beliau dengan begitu baik sekali - satu kelemahan dalam penulisan yang belum berjaya aku atasi.
Gambar-gambar yang dikongsikan dalam travelog ini juga tersangatlah cantik-cantik belaka...membuatkan aku rasa ingin terbang terus ke tempat-tempat tersebut. Maka, makin bertambahlah wishlist aku dibuatnya.
Oleh sebab itu, janganlah terpengaruh sangat dengan 'sedikit kekecewaan' aku itu. Setiap orang ada pandangan masing-masing.
Ini cuma pandangan aku, seorang perempuan pengembara yang belum sampai suku dunia pun yang telah dijelajahinya. *face-palm*
Apa lagi nak ada travelog sendiri. *double face-palm*
Sekian...izinkan aku membawa diri...(drama je lebih).
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-22076151397496833502015-05-17T21:10:00.000+08:002015-05-17T21:10:06.411+08:00Kembara Buku di PBAKL 2015
Satu perkembangan yang sangat menarik aku lihat dalam industri buku sekarang ini ialah semakin bertambahnya buku-buku travelog yang diterbitkan oleh rumah-rumah penerbitan tempatan. Jenuh juga hendak pilih tajuk yang mana hendak dibeli memandangkan bajet yang ciput dan kudrat yang terhad untuk mengendong bebanan buku yang boleh tahan beratnya.
Maka, setelah berenang di lautan manusia sebanyak tiga kali di PWTC, inilah buku-buku, komik-komik, dan novel travelog yang sempat aku pancing di sana.
Silalah menjamu mata.
Di antara banyak-banyak buku di atas, cuma travelog yang bertajuk "Advantura Pulang ke Malaya" tulisan Badrul Hisham yang telah habis aku baca. Perasaan aku lepas baca travelog ini? Sedikit kecewa sebenarnya. Mungkin sebab aku ada high expectation terhadapnya. Kalau rajin, aku akan ulas lebih lanjut. Kalau rajinlah...hahaha!
Ok, aku minta diri dulu. Nanti sambung cerita lagi, insya-Allah.
Ciao!
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-11578878080125460542015-03-29T23:09:00.000+08:002015-03-29T23:21:08.498+08:00Kembara Berdua di Bumi Maori 15
OAMARU - DUNEDIN
"I never met a chocolate I didn't like (Tak pernah aku jumpa coklat yang aku tak suka)" - Marina Sirtis sebagai Deanna Troi (Star Trek: The Next Generation).
Setelah memandu lebih kurang 21/2 jam, akhirnya kami sampai di Dunedin. Di sini sukar untuk kita tidak perasan akan bentuk muka buminya yang berbukit bukau. Ya, di New Zealand ini kawasan gunung-ganang dan bukit bukau memang dapat dilihat di mana-mana. Tetapi untuk sebuah bandar itu benar-benar berada di atas kawasan berbukit, mungkin jarang-jarang ada. Sekiranya kita potong Dunedin dan melihatnya secara keratan rentas, saya rasa kita akan mendapati bentuk muka buminya seakan-akan graf ECG (Elektrokardiogram) dengan garisan-garisan yang menaik dan menurun di antara garisan-garisan yang rata; menunjukkan seseorang itu masih bernyawa.
Begitulah suasana yang saya rasakan di sini. Lebih 'bernyawa' berbanding dengan Lake Tekapo dan Oamaru yang telah jauh kami tinggalkan. Cuma saya harapkan kereta yang kami sewa ini masih tetap bernyawa walaupun terpaksa bekerja keras mendaki setiap jalan berbukit di sekitar Dunedin ini. Ini termasuklah semasa kami menuju ke hotel penginapan iaitu "Aaron's Lodge Top Ten Holiday Park."
Kami tiba di hotel lebih kurang dalam pukul 2 petang. Chik menunggu di dalam kereta sementara saya melakukan urusan check-in di pejabat hotel. Rancangannya, dapat sahaja kunci, kami mahu langsung bergerak ke Cadbury World.
Urusan check-in berjalan dengan lancar. Selain diberi kunci, saya dibekalkan dengan peta kawasan hotel supaya senang kami mencari kabin kami nanti. Dengan senang hati saya kembali semula ke kereta untuk meneruskan rancangan kami.
Inilah Cadbury World jika dilihat dari Stesyen Keretapi Dunedin.
Perjalanan dari hotel ke Cadbury World hanya mengambil masa lebih kurang sepuluh minit. Kami membeli tiket untuk tour kilang pada harga NZ20.00 seorang. Sementara menunggu giliran untuk tour, kami menghabiskan masa di kedai Cadbury yang terletak di bahagian belakang lobi.
'Timbunan coklat' yang diletakkan bersebelahan dengan meja cashier di bahagian lobi, menyambut kedatangan para pelawat. Namun ia semua adalah palsu. Palsu!
Kami hanya melihat-lihat; orang kata 'window shopping.' Rambang mata juga melihat begitu banyak jenis coklat yang saya tidak pernah jumpa di tanah air dan cenderamata dengan aneka pilihan. Namun saya sedar bahawa saya harus bertenang terlebih dahulu kerana tour kami akan bermula pada pukul 3 petang iaitu yang terakhir untuk hari itu. Sebab itulah kami terkejar-kejar untuk ke sini. Takut tidak sempat.
Gambar atas dan bawah menunjukkan ruang dalam kedai Cadbury yang dihias secara minimalist...heh!
Apabila masa telah sampai, kami pun dipanggil untuk memulakan tour. Kami diminta keluar ke belakang kedai. Di luar sana sudah menunggu tour guide kami. Seorang wanita yang saya anggar berusia awal 50-an. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Pat. Suhu yang sejuk (mungkin kurang daripada 15Âșc), tidak menghalang dia memakai t-shirt lengan pendek dan overall jeans sahaja.
'Tough betul kulit dia,' bisik saya dalam hati, dengan penuh rasa kagum.
Tidak lama kemudian, 'Sejuknya Pat...bila nak masuk (dalam kilang) ni?'
Saya sudah mula mengomel dalam hati akibat tidak tahan sejuk walaupun cara berpakaian saya lebih tertutup dan tebal jika dibandingkan dengan Pat. Namun sebelum kami dibenarkan masuk ke dalam kilang, Pat meminta kami menyimpan beg ke dalam loker yang disediakan di situ. Semua barang tidak dibenarkan dibawa masuk. Ini termasuklah kamera dan juga telefon bimbit. Baru sahaja saya berangan-angan hendak mengambil gambar dalam kilang. Punah harapan saya dibuatnya...T_T
Setelah pasti semua orang (kami dan beberapa orang pelawat yang lain) telah bersedia, maka bermulalah tour kami. Pat ternyata seorang yang lucu dan pandai menceriakan suasana. Setiap kali kami sampai di bahagian-bahagian tertentu kilang atau setelah berjaya memanjat tangga-tangga, kami diberi ganjaran coklat. Itu semua orang dapat. Ada cara lain untuk dapat coklat lebih iaitu sekiranya kita berjaya menjawab dengan betul soalan-soalan trivia yang akan Pat berikan pada bila-bila masa sepanjang tour berlangsung.
Setiap orang dalam grup kami berjaya mendapat coklat ekstra kecuali saya dan Chik. Pada mulanya saya tidak perasan. Sehinggalah selepas kami berhenti minum coklat panas yang Pat sediakan, Chik berbisik kepada saya, "Siti perasan tak? Kita berdua je yang belum jawab apa-apa soalan lagi?"
Kami tertawa kecil walaupun saya rasa sangat malu (saya tidak tahu sama ada Chik rasa apa yang saya rasa). Saya pandang setiap seorang ahli dalam grup kami yang datang dari pelbagai negara - Australia, Jerman, Itali, India, dan juga orang tempatan. Memang betul apa yang Chik cakap. Kami berdua sahaja yang belum menjawab apa-apa soalan.
Apa boleh buat, soalan-soalan yang ditanya Pat boleh tahan sukar untuk kami jawab. Contohnya, semasa kami dibawa melawat ke bahagian pemprosesan coklat (hanya melihat dari celah jeriji kerana pelawat tidak dibenarkan masuk), dia bertanya coklat perisa apakah yang sedang diproses (berdasarkan bau) ketika itu? Setiap perisa coklat akan diproses pada hari-hari tertentu. Pada hari tersebut, perisa yang sedang diproses ialah...Turkish Delight. Tengok...macam manalah kami boleh jawab sebab perisa itu tidak dijual di Malaysia...TT_TT
Ini sahajalah coklat-coklat yang berjaya 'disambar' daripada Pat...sob...sob....
Baik. Kita lupakan kekecewaan saya itu kerana ada sesuatu yang membuatkan hati saya melonjak-lonjak apabila tour kami sudah sampai ke kemuncaknya. Tour kami diakhiri dengan melihat 'air terjun' coklat. Yeay!
Berliter-liter coklat cair dicurahkan dari dalam sebuah bekas besar yang dipasang di siling terus ke dalam 'perigi' di bawah tempat kami berdiri. Saya rasa paras endorphine dan serotonin saya meningkat dengan mendadak. Baunya...heaven. Kalau pun saya bukan di syurga (dunia), saya terasa seperti berada di kilang coklat Willy Wonka dan saya adalah Charlie-nya. Gatal rasa hendak hulurkan tangan untuk mencalit sedikit coklat tersebut. Tapi malangnya saya rasa tangan saya tidak akan dapat mencapai walaupun tempias coklat cair tersebut. Lagipun menurut Pat, coklat yang sama telah digunakan berulang-ulang kali sejak lebih daripada setahun yang lalu. Eyeww...coklat dah expired kot! Terbantut terus khayalan saya.
Namun khayalan saya untuk membeli berkoyan-koyan coklat selepas tour tamat tidaklah terbantut. Yang sebenarnya tidaklah saya dapat membeli berkoyan-koyan coklat. Untuk beberapa jenis coklat bar, coklat candy, dan beberapa jenis cenderamata sahaja, saya sudah menghabiskan sebanyak NZ43.00 (itu belum termasuk GST lagi). Rabak poket dibuatnya...TTT_TTT
Akhirnya, setelah berpuas hati dan mendapat apa yang dihajati, maka kami berdua pun mula beredar dari Cadbury World. Masa untuk pulang ke hotel semula.
Tak sabarnya....
-Bersambung-
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-82001918661356219742015-03-08T07:30:00.000+08:002015-03-08T12:15:03.936+08:00Perempuan Ini Mengidamkan 'Aiskrim' Magnum Blue di Surabaya Tetapi
Impiannya Punah Setelah Terlihat Iklannya di TV
Ada kalanya semasa travel, aku memang suka mencuba sesuatu makanan yang baru. Sesuatu yang tidak pernah aku jumpa di negara ini. Apalagi kalau ia daripada jenis makanan yang aku suka. Dan sudah tentunya jika ia halal dimakan.
Masa aku berada di Surabaya pada awal bulan lepas, aku tertarik dengan papan-papan iklan Magnum Blue yang selalu aku nampak terpacak di sekitar jalan raya di sana. Melihat perkataan 'Magnum' sudah pasti aku terbayangkan aiskrim Magnum. Berbunga-bunga hati aku dibuatnya. Seingat aku, aiskrim Magnum Blue belum pernah aku nampak dijual di Malaysia. Jadi, aku memasang cita-cita untuk membeli dan merasa sendiri aiskrim tersebut.
Tertanya-tanya juga entah perisa apa agaknya aiskrim Magnum yang ini sehingga ia dinamakan sebagai Magnum Blue? Apalagi setelah melihat tagline-nya yang tertulis di papan iklan yang menambahkan lagi tanda tanya iaitu 'taste the difference.' Rasakan kelainannya. Pergh!
Namun, pelik juga apabila melihat iklannya yang tidak menunjukkan gambar aiskrim sebagaimana lazim kita tengok. Bertambah pelik apabila aku tidak pernah jumpa aiskrim ini apabila kami singgah di mana-mana kedai. Misteri sungguh!
Gambar sekadar hiasan.
Sumber: www.icecreamsource.com
Rasa pelik ini aku simpan dalam hati. Tidak aku luahkan kepada sesiapa. Sehinggalah pada hari terakhir di Surabaya, ketika aku sedang menonton TV. Keluarlah iklan Magnum Blue yang menjadi idaman hati.
Ini rupanya Magnum Blue! Patutlah tak jumpa! Cari salah tempat! Patut cari di tempat rokok!
Terbakar rasa hati. Rupa-rupanya Magnum Blue bukan aiskrim Magnum berperisa baru. Tetapi jenama rokok!
Tipah tertipu...pu...pu...puiii!!!
*Tajuk entri bajet ala-ala The Vocket...kakaka!
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-20154255614691005032015-03-01T18:46:00.000+08:002015-03-01T18:46:24.535+08:00This Meme Wins
Dang! Meme ni memang kena dengan batang hidung aku. Entah siapa yang bijak cipta meme ni, agaknya? Seperti biasa, aku jumpa dalam FB. Dan aku terpanggil untuk share pula dalam blog ini. Kepada sesiapa saja yang cipta meme ni, satu perkara aku nak bagitau. Kita senasib...ahhaha~
Aku rasa dari tahun lepas hingga ke tahun ini ramai orang yang aku kenal telah dan akan menyambut kelahiran cahaya mata masing-masing. Salah seorangnya termasuklah travel partner yang selalu enter frame dalam travelog China dan New Zealand (yang belum habis tulis lagi...omg!) dalam blog aku ni.
Rezeki masing-masing, kan. Aku bersyukur masih diberi rezeki untuk keluar travel walaupun tak sekerap orang lain. Semoga rezeki ini takkan putus sampai bila-bila hinggalah sampai masa Kekasih aku jemput untuk 'travel' ke dunia sana pula nanti. Aamiin...
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-81737167849945272482015-02-01T23:11:00.000+08:002015-02-01T23:11:03.965+08:00Menyewa Kereta di Pulau Jeju
Jangan tak percaya, untuk ke Pulau Jeju pada bulan November tahun lepas, aku telah menyewa kereta di sana. Bukanlah apabila sampai di sana baru aku menyewa kereta. Bukan.
Persediaan sudah dilakukan sebelum berlepas ke Korea lagi. Jadi, kepada yang ingin menyewa kereta apabila hendak ke sana nanti tetapi tidak tahu bagaimana, jangan risau. Aku akan terangkan satu persatu dalam entri ini. Semoga kalian tidak bosan membacanya kerana aku akan bersyarah secara panjang lebar sempena Hari-Wilayah-dan-cuti-panjang-gila-tapi-aku-tak-pergi-ke-mana-mana-ini.
Baik. Perkara paling utama dan paling penting sebelum kalian mengambil keputusan untuk menyewa kereta adalah tanya kepada diri sendiri - 'adakah aku benar-benar yakin dengan keputusan ini?' Aku kata paling utama dan penting kerana kita akan memandu bukan di sebelah kanan sebagaimana biasa, tetapi di sebelah kiri. Jalan yang perlu dilalui pula bukan di sebelah kiri, tetapi di sebelah kanan. Jadi, kebarangkalian untuk berlaku kekeliruan dan kesilapan adalah amat tinggi sekiranya kita tidak fokus dan berhati-hati.
Aku sendiri sebenarnya tidak berapa yakin pada mulanya. Dan memandu sendiri tidak termasuk dalam perancangan awal. Namun disebabkan ahjussi teksi yang aku beremel sebelum ini tidak membalas pertanyaan aku tentang siapa yang akan menjadi pemandu kami bagi menggantikan beliau (sebab ahjussi itu telah fully-booked pada tarikh kami ke sana), aku merasakan ini mungkin petunjuk dari-Nya untuk aku memandu sendiri. Secara automatiknya aku menjadi yakin. Ditambah pula dengan keyakinan travel partner yang aku boleh melakukannya. Aku tak tahulah sama ada dia benar-benar yakin ataupun buat-buat yakin. Namun 'keyakinannya' itu telah menjadikan aku semakin yakin walaupun pada hakikatnya kali terakhir aku memandu adalah pada hari raya haji yang lepas!
Jadi, bermulalah pencarian aku untuk syarikat kereta sewa yang mana untuk dipilih. Aku banyak membaca di blog-blog travel yang lain tentang pengalaman memandu di Pulau Jeju. Kebanyakan yang aku baca, mereka menyewa kereta dengan KT Kumho. Kalau kalian tercampak di blog ini secara sengaja ataupun tidak sengaja dan masih tidak dapat membuat keputusan hendak menyewa dengan siapa; dengarlah nasihat aku. Daftar keahlian dan sewa sahaja dengan KT Kumho. Pautan pun sudah diberikan di atas.
Tapi nanti dulu. Sebelum mendaftar menjadi ahli (yang menawarkan diskaun yang tidak masuk akal berbanding jika kita tidak menjadi ahli), ada satu langkah yang perlu diikuti. Kalian perlu dapatkan Permit Memandu Antarabangsa (PMA) atau dalam Bahasa Inggerisnya, International Driving Permit (IDP). Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan JPJ dan AAM (Automobile Association of Malaysia). Aku buat permohonan di JPJ, UTC Pudu.
Di JPJ nanti kalian perlu sediakan:
Sekeping gambar berukuran pasport.
Salinan kad pengenalan (depan dan belakang dalam satu mukasurat).
Salinan lesen memandu (depan dan belakang dalam satu mukasurat).
Tidak perlu mengisi apa-apa borang. Beritahu sahaja hendak buat PMA. Pegawai bertugas akan minta dokumen-dokumen di atas dan bayaran sebanyak RM150. Proses menunggu PMA siap tidak lama. Dalam masa lebih kurang 15 minit urusan selesai. Tempoh sahlaku PMA - setahun sahaja dari tarikh permohonan. Mudah, kan?
Inilah rupa PMA aku.
Sudah dapat PMA, bolehlah mulakan operasi mendaftar keahlian dengan KT Kumho. Kenapa aku beria-ia suruh dapatkan PMA dulu? Kerana no. PMA perlu diberikan sebagai salah satu syarat keahlian diterima.
Kalian juga mesti tertanya-tanya kenapa aku beria-ia suruh menyewa dengan KT Kumho? Daripada pengalaman, aku dapati terdapat banyak kemudahan dan kelebihan jika kita menyewa dengan KT Kumho. Apalagi bila sudah menjadi ahlinya.
Sudah jadi ahli bolehlah mula pilih kereta mana yang hendak disewa. Disebabkan aku travel berdua sahaja, aku memilih kereta jenis kompak iaitu Kia Morning (di sebelah sini dipanggil Picanto, katanya). Harga sewa sebelum diskaun adalah sebanyak RM600++ untuk 3 hari. Aku jangkakan akan diberi diskaun sebanyak 60% seperti yang tertulis di website KT Kumho dan juga di kebanyakan blog yang aku baca. Tapi mungkin nasib aku agak baik hari itu, aku telah diberi diskaun sebanyak 75%! Jadi, jumlah sewa (termasuk insurans dengan perlindungan penuh) yang kami perlu bayar cuma lebih kurang RM200 (KRW63,200) bersamaan dengan RM100 seorang. Yang bestnya kita tidak perlu bayar apa-apa lagi. Booking sahaja dulu. Bagus, kan?
Bayaran pula hanya boleh dibuat di pejabat KT Kumho di Pulau Jeju nanti. Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, terus sahaja pergi ke kaunter KT Kumho. Serahkan reservation slip dan PMA kepada petugas kaunter untuk diperiksa. Setelah diperiksa, bolehlah terus keluar ke Gate 5. Di luar biasanya sudah menunggu shuttle bus yang akan membawa kita ke pejabat KT Kumho secara percuma. Perjalanan mengambil masa lebih kurang lima minit.
Sampai sahaja di pejabat KT Kumho, terus ambil no. giliran. Setelah no. kita dipanggil, terus ke kaunter untuk urusan pembayaran. Perlu aku tekankan di sini, cara pembayaran hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit. Kalau hendak sewa portable wifi atau dipanggil 'egg', juga perlu menggunakan kad kredit. Bayaran tunai tidak akan dilayan langsung. Jadi, jangan sesekali lupa atau sengaja tidak membawa kad kredit. Aku ulang, jangan sesekali lupa atau sengaja tidak membawa kad kredit. Kalau tiada, 'Allah selamatkan kamu' aku ucapkan kepada kalian, ya. Aku serius ni.
Setelah membuat pembayaran, maka kereta akan diserahkan kepada kita. Jangan lupa ambil gambar kereta terlebih dahulu. Manalah tahu, kan...kalau apa-apa terjadi, sekurang-kurangnya kita ada bukti. Petugas bahagian penyerahan ini akan ajar bagaimana menggunakan GPS. Aku sangkakan GPS kami dalam Bahasa Korea. Aku telah bersedia dengan segala macam tip yang aku baca sebelum ini tentang cara-cara menggunakan GPS tersebut. Tapi sekali lagi aku salah kerana GPS kami telah disetkan kepada Bahasa Inggeris. Tak mengapalah. Aku reda.
Setelah diberi penerangan sikit-sikit dalam Bahasa Inggeris dan banyaknya dalam bahasa ayam dan itik, kita akan diminta untuk menurunkan tandatangan pada borang persetujuan sewa kereta. Dan kereta pun akan diserahkan.
Sebelum memulakan pemanduan, jangan lupa untuk periksa perkara-perkara asas seperti hendak pasang wiper belah mana. Tidaklah nanti apabila tiba-tiba hujan turun kita tersilap memasang signal walaupun niat sebenar hendak memasang wiper. Sentiasa setkan di minda juga yang kotak gear terletak di sebelah kanan, bukan kiri seperti di Malaysia. Nasib baiklah kedudukan pedal minyak dan brek adalah sama. Kalau tidak, naya juga...huhu~
Sudah selesai periksa apa-apa yang patut, bolehlah mulakan pemanduan dan seterusnya berfoya-foya di Pulau Jeju.
Ikut putaran jam: 1. keadaan trafik di Jeju-si, 2. urusan pembayaran, 3. inilah rupa kereta sewa kami, dan 4. PP sedang beraksi :P
Bila tiba masa untuk pulangkan semula kereta, pastikan isi semula minyak sehingga penuh. Ada banyak juga stesyen minyak semasa dalam perjalanan ke pejabat KT Kumho. Bolehlah singgah di mana-mana yang berkenan di hati. Untuk mengetahui anggaran harga minyak di Pulau Jeju (atau mana-mana negara pun di dunia ini) bolehlah rujuk di sini.
Jika kereta dipulangkan dalam keadaan yang baik dan minyak pula penuh, kita akan dilepaskan tanpa banyak soal. Dan sebagaimana kita datang dengan shuttle bus, begitu juga semasa balik. Kita akan dibawa ke lapangan terbang tanpa dikenakan apa-apa bayaran.
Begitulah cara-caranya untuk menyewa kereta di Pulau Jeju. Untuk pengalaman memandu di sana, aku akan kongsikan dalam entri yang lain. Terlalu banyak drama. Kalau diceritakan sekali di sini, 3 hari 3 malam pun aku tak akan habis menulis. Maunya jadi novel terus...koh koh koh~
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com18tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-12584783241816434042015-01-07T00:06:00.000+08:002015-02-01T23:36:04.303+08:00Angan-angan Itu Percuma: Afrika
Aku rasa minat aku untuk travel memang telah terpupuk sejak dari zaman kanak-kanak agaknya. Tapi jangan ditanya zaman kanak-kanak aku tu berapa tahun yang lalu sebab aku tak akan jawab...hahaha!
Kalau kalian nak tahu - pada masa itu - negara yang aku teringin sangat hendak pergi ialah Afrika sebab aku mahu melawat safari. Semua ini gara-gara suka sangat menonton rancangan dokumentari 'National Geographic'. Asalkan ada dokumentari tentang haiwan yang tinggal di safari, memang aku tidak akan lepaskan peluang untuk menontonnya. Kadang-kadang aku menonton seorang diri. Kadang-kadang dengan emak.
Selain 'National Geograhic', lagu "Africa" nyanyian kumpulan Toto juga antara penyumbang minat aku untuk ke Afrika. Best tau lagu ni.
Cubalah dengar :3
Nice song, eh?
Buat masa ini, impian untuk ke sana masih tinggal impian. Belanja untuk ke Afrika bukannya sedikit. Tiket kapal terbang sahaja sudah ribu-riban, belum lagi termasuk perbelanjaan yang lain. Jadi, aku belum ada kemampuan untuk ke sana lagi. Ditambah pula dengan kebanjiran warga Afrika ke negara kita ini, rasa macam belum ada keperluan untuk ke sana (entah apa kaitannya tak tahulah...) kakaka!
Jadi, apa impian atau angan-angan kalian tentang travel pada zaman kanak-kanak dulu? Atau pada zaman remaja atau pada masa sekarang sekali pun.
Angan-angan itu kan percuma :)
Care to share?
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-41905062357913274262015-01-04T12:25:00.001+08:002015-02-01T23:36:50.740+08:002.0.1.5
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Pehhh...Lama betul perempuan ini tak menulis.
Kalau kalian perasan, entri terakhir aku adalah pada awal bulan Mac 2014 yang lalu. Beberapa hari sebelum seluruh dunia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370. Sejak kejadian malang itu, aku betul-betul hilang mood untuk menulis di sini. Entahlah kenapa. Mungkin sebab aku perempuan (pengembara...lah sangat), maka tahap empati aku terlalu tinggi. Sedih sangat.
Belum hilang sedih sepenuhnya, pada bulan Julai, kita dikejutkan lagi dengan kejadian malang yang menimpa pesawat MAS MH17 pula.
Di penghujung tahun 2014, satu lagi berita malang kita dengar. Pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 pula terhempas.
Sesungguhnya 2014 merupakan tahun yang malang bagi dunia penerbangan :(
Hanya doa yang mampu dikirimkan buat mereka yang terkorban; dan untuk pesawat MH370 ditemui semula walau apa jua keadaannya sekarang.
On personal note. Aku pun rasa sedih pada diri sendiri. Sebabnya, wishlist tahun 2014 aku satu pun tidak kesampaian :(
Walaupun wishlist tak tertunai, sekurang-kurangnya aku berjaya juga sampai ke tempat lain. Tahun 2014 aku ke Korea Selatan sekali lagi. Kali ini destinasi aku ialah Busan dan Pulau Jeju. Kali ini juga aku travel bersama dengan travel partner yang baru yang merupakan sahabat lama aku sendiri.
Untuk tahun 2015 ini pula?
Sudah ada satu tavel plan yang sudah pasti, insya-Allah. Satu lagi belum pasti aku mahu terima ataupun tidak, walaupun destinasinya adalah salah satu negara yang termasuk dalam wishlist tahun 2014 aku tu...huhuhu~
Dan masa bangun pada pagi tahun baru 2015 yang baru ini, aku diselubungi dengan satu perasaan yang lain macam. Aku rasa tahun ini tahun yang baik untuk aku:
- travel lebih banyak lagi.
- menulis lebih kerap lagi.
Terlalu optimistik, ataupun 'mabuk' euphoria?
Apa-apapun, semoga semangat baru aku ini bukannya jenis hangat-hangat tahi ayam. Terutama yang kedua itu :p
Doakan aku ya ;)
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-55484500680616353732014-03-02T23:23:00.000+08:002014-03-02T23:23:34.552+08:00Itinerary: Beijing - Xi'an
Sudah hampir 4 tahun berlalu, baru tahun ini saya terfikir hendak kongsikan jadual perjalanan semasa mengembara ke Beijing dan Xi'an, China.
Harap dapat membantu kepada sesiapa yang sedang membuat perancangan untuk ke dua-dua ataupun salah satu tempat ini.
On your mark. Get set. Fly!
Lokasi gambar: Di atas Gunung Hua (Hushan), Xi'an, China.
(Penafian: Botol air mineral itu bukan saya yang punya. Harap maklum).
Hari Pertama
Terbang ke Tianjin dari LCCT. Air Asia.
Bertolak: 8:30 pagi
Tiba di Tianjin: 2:35 petang.
Tempoh penerbangan: 6 jam 5 minit.
Dari lapangan terbang (Binhai International Airport), naik shuttle bus ke Stesyen Keretapi Tianjin. Kaunter dan tempat menunggu bas terletak di hadapan pintu keluar/masuk dewan ketibaan.
Tambang bas: RMB10
Tempoh perjalanan lebih kurang dalam 30 - 45 minit (agaknya...tak ingat...haha!)
Naik Bullet Train ke Beijing (Beijing South Railway Station).
Bertolak: 4:35 petang
Tiba di Beijing: 5:05 petang
Tambang tren: RMB69 seorang (Business Class)
Tempoh perjalanan: 30 minit
Dari stesyen keretapi, naik teksi ke hotel/hostel
Check-in hotel: Qianmen Cafe & Hostel yang terletak di Qianmen Street. Lokasi agak strategik - terletak di tepi jalan (senang nampak). Berdekatan dengan perhentian bas dan juga stesyen Subway Qianmen (dalam 200 - 300 meter mungkin) serta boleh berjalan kaki ke Tiananmen Square/Forbidden City.
Sewa bilik en-suite: RMB180 x 2 malam = RMB360. Deposit (dipulangkan) = RMB100
Makan malam di restoran halal yang terletak berdekatan dengan hostel.
Malam; bersiar-siar di sekitar Houhai Lake. Pergi dan balik dengan teksi.
Hari Kedua
Seawal 7 pagi berjalan kaki ke Tiananmen Square dari hostel.
Dari Tiananmen Square terus ke The Palace Museum atau lebih dikenali sebagai Forbidden City.
Tiket masuk: RMB60 seorang.
Bergerak ke Beijing Zoo dengan menaiki bas. Perhentian bas terletak di hadapan Forbidden City (seberang jalan).
No. bas: 103
Tambang bas: RMB1 seorang
Turun di hentian terakhir. Beijing Zoo terletak di seberang jalan.
Tiket masuk: RMB20 seorang.
Bergerak ke Stadium Olimpik Beijing (Bird's Nest) dengan menaiki Subway dari Stesyen Beijing Zoo yang terletak di sebelah stesyen bas yang dinaiki tadi.
Ambil laluan Anheqiaobei dan turun di Stesyen Olympic Sports Centre
Dari stesyen, berjalan kaki ke Stadium Olimpik.
Melawat Bird's Nest
Bayaran masuk: RMB50 seorang
Stadium Akuatik atau dikenali juga sebagai Water Cube terletak bersebelahan dengan Bird's Nest (tak masuk).
Bergerak ke Xidan Commercial Centre (kawasan pusat membeli-belah yang mewah). Naik subway dari Stesyen Olympic Sports Centre dan turun di Stesyen Xidan.
Bergerak ke Wangfujing Street (kawasan pusat membeli-belah ). Dari Stesyen Xidan turun ke Stesyen Wangfujing.
Balik hostel. Naik subway dari Wangfujing ke Stesyen Qianmen.
Makan malam di restoran halal yang sama seperti semalam.
Hari Ketiga
Melawat Great Wall of China - bahagian Badaling
Ambil Subway ke Beijing North Railway Station. Turun di Stesyen Xizhimen.
Beli tiket keretapi ke Badaling:
Tambang keretapi: RMB17 seorang (kelas pertama); tambang untuk kelas kedua ialah RMB14 seorang.
Bertolak: 9:33 pagi
Tiba di Badaling: 10:42 pagi
Tempoh perjalanan: 1 jam 9 minit
Dari stesyen keretapi Badaling, jalan kaki ke Great Wall (jarak: 800 meter). Sebelum itu beli tiket pulang ke Beijing terlebih dahulu.
Dari Badaling ke Beijing:
Tambang keretapi: sama seperti di atas.
Bertolak: 1:10 petang
Tiba di Beijing: 2.29 petang
Tempoh perjalanan: 1 jam 19 minit
Check-out hostel.
Makan tengahari di restoran yang sama.
Membeli-belah di Silk Market (Xiushui Sinchang). Pergi dengan menaiki teksi, manakala balik semula ke hostel (simpan beg di sana) dengan menaiki Subway dari stesyen Yong'anli.
Seterusnya ke Beijing West Railway Station untuk menaiki keretapi ke Xi'an.
Tiket keretapi telah ditempah melalui kaunter hostel:
Tambang keretapi: RMB237 seorang (untuk 'soft seat'); pihak hostel mengenakan tambahan caj untuk tempahan melalui mereka: RMB60 seorang.
Naik beca ke stesyen keretapi. Tambang: RMB100 (kena tipu sebab harga sebenar yang diminta pada awalnya adalah RMB25).
Bertolak: 9:24 malam
Tempoh perjalanan: lebih kurang 11 jam
Hari Keempat
Tiba di Xi'an Railway Station pada pukul 8:25 pagi.
Guna khidmat pemandu pelancong yang menunggu di hadapan bangunan stesyen keretapi.
Pemandu pelancong: Melanie (English speaking).
Tel.: 13060392825 (rasanya belum tambah kod IDD lagi).
E-mel: mami_melanie@hotmail.com
Pemandu mini van: Qing Kang (dia seorang sahaja yang sebenarnya 'menemani' kami sepanjang tour di Xi'an ini).
Harga pakej: RMB500 seorang - melawat tiga tempat menarik di Xi'an iaitu
Huaqing Hot Springs
Terracota Warriors & Horses Museum
Huashan (Mount Hua)
Pakej tidak termasuk bayaran masuk ke tempat-tempat tersebut dan hotel.
Persinggahan pertama adalah Moslem Street untuk ronda-ronda, makan, dan beli makanan.
Tengahari bertolak ke Huaqing Hot Springs
Tiket masuk: RMB70 seorang.
Kemudian dibawa ke Terracota Factory. Tempat di mana replika-replika terracota dibuat dan dijual. Cenderamata juga ada dijual di sini.
Seterusnya ke Terracota Warriors & Horses Museum.
Tiket masuk: RMB90 seorang.
Petang bertolak ke Huashan. Tempoh perjalanan lebih kurang 3 jam.
Check-in hotel (tak ingat nama hotel. Hotel misterius/berhantu mungkin).
Sewa bilik: RMB100 x 1 malam.
Hari Kelima
Pagi, check-out hotel.
Teruskan dengan pergi mendaki Mount Hua.
Tiket untuk naik gunung: RMB100 seorang.
Tiket bas ke stesyen kereta kabel: RMB40 seorang; pergi balik.
Tiket kereta kabel: RMB150 seorang; pergi balik.
Daki gunung hingga hampir ke puncak: percuma (guna kaki sendiri).
Turun semula dari gunung pada tengahari.
Bergerak pulang ke Xi'an.
Membeli-belah dan makan di Moslem Street.
Melawat Great Mosque yang terletak bersebelahan dengan bazaar di Moslem Street.
Bergerak ke Stesyen Keretapi Xi'an dengan menaiki beca.
Tambang beca: RMB25
Bertolak ke Beijing pada pukul 8:10 malam.
Tambang keretapi: RMB237 seorang (untuk 'soft seat').
Tempoh perjalanan: lebih kurang 11 jam.
Hari Keenam
Tiba di Beijing West Railway Station pada pukul 7:30 pagi.
Ambil teksi ke Beijing South Railway Station.
Naik Bullet Train ke Tianjin Railway Station.
Bertolak: 9:40 pagi
Tiba di Tianjin: 10:15 pagi
Tambang tren: RMB58 seorang (2nd class)
Tempoh perjalanan: 35 minit
Tiba di Tianjin, ambil teksi ke lapangan terbang.
Terbang ke Malaysia.
Nota:
RMB = Renmibi
Kadar tukaran wang: RMB1 lebih kurang dalam 50 sen...masa pergi nilah. Sekarang tak berapa pasti sebab tiada kepentingan untuk ambil tahu...haha~
Tambang Subway adalah sama untuk semua destinasi (flat rate) - RMB2
Teksi di Beijing menggunakan meter. Ada tambahan caj RMB1 yang dicampur dengan harga tambang sebenar.
Harga tiket masuk ke tempat-tempat tumpuan pelancong adalah berbeza mengikut musim.
Tip:
Sekiranya tidak pandai berbahasa Mandarin, ada baiknya dapatkan staf hotel/hostel atau sesiapa sahaja yang sudi menolong, untuk menuliskan nama tempat yang hendak dituju dalam tulisan cina bagi memudahkan komunikasi.
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada kali ini. Sekiranya ada apa-apa kekurangan harap maaf. Sekiranya ada perubahan pada harga tiket/tambang, itu diluar kawalan saya. Segala yang tercatat di atas adalah benar pada tahun 2010.
Sekian.
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-2740850944219459202014-02-22T11:35:00.000+08:002014-02-22T13:48:47.844+08:00Perasaanku Ketika IniJiwang betul tajuk entri hari ini.
Tapi apa boleh buat kerana inilah yang saya sedang rasakan ketika ini --
Wanderlust.
Sumber gambar: Curi dalam FB. Maafkan saya.
Entah bilalah dapat melepaskan kegianan ini?
Seksa betul!
T_TSiti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-58445333452579305222014-02-09T02:38:00.000+08:002014-02-09T22:20:26.852+08:00Kembara Berdua di Bumi Maori 14OAMARU - DUNEDIN
"A dead end can never be a one way street; you can always turn around and take another road (Jalan mati tidak sama seperti jalan sehala; kita sentiasa boleh berpatah balik dan pilih jalan yang lain)" - Bo Bennett
"Chik, peta tadi mana?" tanya saya kepada Chik dengan merujuk kepada peta yang diberikan oleh Tuan Rob tadi. Susah hati (sebenarnya sudah hilang sabar...haha!) pula saya lihat Chik yang masih gagal mencari lokasi Yellow-Eyed Penguin Colony dalam GPS.
Kalau tadi terkial-kial cari lokasi dalam GPS, sekarang kalut pula Chik mencari peta tersebut. Namun akhirnya lokasi peta itu disimpan dapat dikesan. Lega!
Apabila melihat peta tersebut, bertambah lega saya rasa. Jalan ke Yellow-Eyed Penguin Colony dari precinct agak senang berdasarkan kepada 'contengan' Tuan Rob di atas peta tersebut. Dari sana kami hanya perlu melalui Bushy Beach Road (rujuk kepada peta di bawah) yang lurus jalannya; bermaksud kami tidak perlu menyimpang ke mana-mana.
View Larger Map
Berdasarkan peta di tangan (saya), Chik meneruskan pemanduan manakala saya menjadi navigator yang berdedikasi.
Untuk beberapa ketika, perjalanan kami lancar sehinggalah kami sampai di satu persimpangan - ada dua cabang jalan di hadapan kami. Satu jalan terus dan satu lagi ada jalan susur ke kiri yang menaiki bukit.
Chik berhenti di hadapan simpang. Salah satu kelebihan memandu di New Zealand adalah hampir tiada kereta yang mengekor di belakang. Jadi kami boleh berhenti lama-lama sambil memikirkan jalan mana yang perlu ditempuh (walaupun peta terang-terang menunjukkan Bushy Beach Road adalah 'jalan terus' itu).
Saya pandang Chik, Chik pandang saya. Chik tanya saya, saya tanya dia balik. Masing-masing keliru. Keliru dengan papan tanda 'No Exit' yang terdapat pada jalan lurus di hadapan kami. Pada hemat kami (atau sebenarnya saya seorang), jalan lurus itu tidak boleh dimasuki; takut nanti tiada jalan keluar pula.
Akhirnya kami sepakat mengambil jalan susur kiri. Masuk sahaja ke situ, yang kami nampak hanyalah rumah-rumah orang di kiri dan kanan jalan.
"Orang rasa kita dah salah jalan ni, Siti. Macam mana? Kita patah balik?"
"Jomlah. Ikut jalan tadi."
Chik membuat u-turn. Dan dengan tawakalnya kami melalui jalan yang berpapan tanda 'No Exit' itu.
Setelah memandu beberapa minit, maka sampailah kami ke Bushy Beach. Berbeza dengan Oamaru Blue Penguin Colony, kawasan pantai ini lengang. Semasa kami sampai cuma ada sebuah van sahaja yang diparkirkan di situ. Tiada sesiapa yang kelihatan kecuali seorang budak lelaki dalam lingkungan 8 - 9 tahun yang berada di dalam van tersebut. Dia hanya duduk sambil merenung kami berdua. Misteri sungguh. Dalam kepala sudah fikir macam-macam...kalau di Malaysia budak ini ada kemungkinan besar akan jadi mangsa culik.... Budak ini manusia atau...
Ok, abaikan. Budak itupun kami abaikan lalu berjalan ke arah pantai. Di sini, aras laut lebih rendah daripada darat. Jadi, perlu menuruni tebing jika mahu ke tepi pantai. Sepanjang tebing dipasang dengan pagar kayu. Ada pintu kecil untuk keluar pagar. Sesuai dengan namanya, kawasan tebing dikelilingi tumbuhan renek dan rumput yang menjadikan kawasan ini bersemak. Tetapi ia tidaklah 'mencacatkan' pemandangan.
Dari tebing ini kami memerhati air laut yang juga 'bersemak'. Mungkin dari situlah pantai ini mendapat nama - Bushy Beach.
Misi kami untuk melihat anjing laut nampaknya tidak kesampaian. Puas memerhati dari tebing, jangankan anjing laut, bayangnya pun tidak kelihatan. Penguin apatah lagi. Hendak turun ke pantai, rasa malas. Malas hendak mendaki bukit untuk balik ke kereta nanti sebenarnya.
Sudahnya kami hanya bergambar sebentar sebelum bergerak ke perhentian seterusnya iaitu Oamaru Public Gardens untuk berpiknik.
Oamaru Public Gardens terletak di antara Severn Street dan Chelmer Street. Memandangkan kami sudah biasa melalui Chelmer Street untuk pergi dan balik ke hotel yang terletak di jalan yang sama, maka kami memasuki taman dari jalan ini.
Dari Bushy Beach tadi cuaca sudah kelihatan mendung. Jadi, ketibaan kami di Oamaru Public Gardens disambut dengan gerimis. Namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneroka taman yang dikatakan antara yang tertua di New Zealand ini.
Ternyata taman ini sangat cantik. Tidak sia-sia kami berpatah balik semata-mata untuk ke sini. Bagi saya suasana di sini lebih tenang dan mendamaikan jika dibandingkan dengan Hagley Park di Christchurch.
Sebelum jalan-jalan, kita makan dulu!
Terasa seperti berada di China.
Kalau tidak silap saya di sini terletaknya patung yang diberi mana 'Wonderland' [menggambarkan Peter Pan (dengan Wendy?) dan pari-pari dan entah makhluk apa lagi] tapi saya terlupa pula hendak mengambil gambarnya. Pffftt!
Saya bukanlah minah bunga, tetapi apabila melihat bunga-bunga yang kelihatan segar dan berkembang mekar serta besar-besar saiznya ini terasa geram juga.
Itik di mana-mana.
Setelah puas berjalan-jalan di taman, kami pun mula bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Dunedin!
-Bersambung-
Tip 1: Jangan jadi keliru seperti saya (atau memang saya sahaja yang keliru sebenarnya?) dengan papan tanda 'No Exit.' Ia sama maksud dengan dead end atau jalan mati dan bukanlah bermaksud tiada jalan keluar seperti yang saya sangka (rasa macam kurang bijak pula...kuikui).
Tip 2: Jika mahu ke Yellow-Eyed Penguin Colony di Oamaru, jangan taip Yellow-Eyed Penguin Colony dalam GPS. Memang tak akan jumpa. Mungkin lebih baik cari dengan kata nama Bushy Beach atau Bushy Beach Road. Ini kesimpulan yang saya dapat semasa cuba mencari Yellow-Eyed Penguin Colony menggunakan Google Map seperti yang tertera di atas. Yang saya dapat asyik-asyik menunjukkan ke Yellow-Eyed Penguin Colony, Dunedin, Central Otago; bukannya Oamaru. Mungkin Bushy Beach dikenali sebagai Yellow-Eyed Penguin Colony hanya di kalangan penduduk Oamaru sahaja. Agaknyalah. Eh, panjang pula cerita. Ok, bai.
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-1621378369437600062014-02-02T16:18:00.000+08:002014-02-02T16:18:26.730+08:00Tiga Jenis Pengembara
Baru-baru ini saya tertengok sebuah filem Mandarin berjudul "Runaway Woman" di saluran A-List (Astro).
Kisah lima orang wanita yang lari daripada kesibukan kota dan keluar mengembara (berjalan kaki, ok!) di sempadan China (mungkin sempadan China - Mongolia) untuk pergi ke Tasik Shengyu. Menurut kepercayaan orang-orang termpatan, sesiapa yang sampai ke Tasik Shenyu akan mendapat ketenangan. Apa lagi kalau dapat bermandi hujan di tasik tersebut yang dianggap sebagai hujan 'suci'.
Pemandangan dalam filem ini pula...subhanallah...memang cantik! Buatkan saya mahu pergi lagi ke China.
Terasa hendak pergi ke Tasik Shengyu juga. Tapi...sudah puas bertanya dengan Prof. Google, tak jumpa-jumpa tasik di China yang bernama Shengyu. Sudah juga cuba cari tasik yang berdekatan dengan Gurun Gobi. Masih lagi mendapat hasil yang sama. Mungkin kerana ejaan berbeza...maklumlah saya ikut ejaan seperti dalam sari kata filem tersebut...sebab itu agaknya tak jumpa *menangis*
Ok, panjang pula intro saya. Sebenarnya saya cuma hendak tulis tentang salah satu babak permulaan dalam filem ini di mana seorang watak yang dipanggil 'Gila' (gila punya nama) menyenaraikan jenis-jenis pengembara mengikut pendapat 'gila' beliau. Katanya ada tiga jenis pengembara, iaitu pengembara yang:
1. Hilang impian
2. Hilang cinta
3. Hilang arah
Hilang arah...hahaha... Sayalah agaknya tu...
Apa-apa pun mari kita layan trailer "Runaway Woman." Untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi destinasi pengembaraan yang seterusnya.
Jangan sampai hilang arah!
It's not about the destination, it's the journey that matters - kesimpulan yang boleh dibuat selepas menonton filem ini.
3.5 bintang untuk cerita dan watak.
5 bintang pula untuk lokasi filem.Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-79224755315050710152014-01-18T02:56:00.001+08:002014-01-18T03:00:41.534+08:00The Hobbit di Lake Tekapo
Ada satu babak dalam filem "The Hobbit: The Desolation of Smaug" di mana kamera menunjukkan 'bird's eye view' dari Laketown ke Lonely Mountain. Di antara kedua-dua tempat itu, terbentang sebuah tasik.
Hati ini tercuit sedikit. Hmmm...seperti pernah dilihat, tetapi di mana? Di mana?
Setelah difikir-fikir, saya hampir pasti ia adalah sebuah tasik yang terletak di Lake Tekapo. Tasik yang saya lihat dari atas Mount John pada suatu malam selepas kejadian 'Super Moon.'
Ya, saya rasa saya tidak salah (kalau salah pun, saya pasti ia boleh jadi mana-mana tasik yang saya pernah lihat di New Zealand...heheh). Tasik itu adalah Tasik Alexandrina!
Mahu tahu bagaimana rupa Tasik Alexandrina?
Nasib baik saya ada mengambil gambarnya. Jadi, bolehlah saya kongsikan di sini.
Tadaaa...!!
Saya rasa sang cengkerik sedang berkoir dalam kepala pembaca yang melihat gambar-gambar di atas - krik...krik...krik...
Maaflah, ya.
Kalau entri saya semasa berada di Mount John itu sudah dibaca, pasti anda faham mengapa gambar-gambar di atas gelap gelita. Perlu berada di sana untuk melihat sendiri keindahan tasik walaupun di waktu malam. Lagipun saya tidak memiliki kamera yang canggih.
Apa-apa pun, tiada 'kamera' yang paling sempurna melainkan mata yang dianugerahkan Allah ini. Gambarnya pula sentiasa terpahat dalam ingatan.
Ewah...
Selain Tasik Alexandrina, ada beberapa perkara lain lagi yang saya rasa menarik dalam filem "The Hobbit" kali ini:
1. Saya tak tahu kalau ada sesiapa yang perasan - tuan pengarah iaitu Peter Jackson ada melakukan kemunculan 'cameo' pada permulaan cerita untuk beberapa saat. Perasan tak? Beliau keluar dari sebuah bangunan yang terletak di sebelah kiri sudut pandang kamera. Keluar sahaja dari pintu, beliau berhenti sekejap di hadapan 'kamera' sambil tersenyum sebelum berlalu pergi. Kalau tak silap saya 'sudut pandang kamera' itu adalah mewakili sudut pandang Thorin Oakenshield pada permulaan cerita - sebab itulah beliau tersenyum.
2. Legolas nampak tembam berbanding dalam trilogi "Lord of the Rings" (LOTR), walaupun kejadian dalam "The Hobbit" berlaku lebih kurang 60 tahun sebelum kejadian dalam LOTR. Misteri sungguh. Saya syak Legolas frust menonggeng dengan Tauriel sehinggakan dia jadi kurus dalam LOTR...hihihi~
3. Suara Smaug dipinjamkan oleh Benedict Cumberbatch; aktor yang dilahirkan dalam tahun naga. Suratan ataupun kebetulan? Renung-renungkan...ahaks!
4. Rupa Bard The Bowman hampir seiras dengan Legolas. Sekali pandang ingatkan orang yang sama...tetapi sebenarnya bukan. Bard ialah Luke Evans, manakala Legolas ialah Orlando Bloom.
5. Selain Smaug, Benedict Cumberbatch juga meminjamkan suaranya kepada watak Necromancer. Ini membuktikan betapa macho-nya suara beliau sehingga diperlukan untuk dua watak yang berbeza. Ataupun sebenarnya Peter Jackson mahu jimat kos? Wallahu'alam...
6. Filem ini ditamatkan dengan cliffhanger. 'Baik' punya cliffhanger. Tak sabar mahu tunggu sambungannya....T_T
Sekian.
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-73094252453794454262013-12-31T23:55:00.000+08:002014-01-01T00:55:23.842+08:00'Wishlist' Tahun 2014
Setiap kali hujung tahun mesti ada yang bertanya, "Tahun depan hendak travel ke mana?"
Stres betul kalau dapat soalan sebegini. Kalau memang sudah ada pelan yang sudah tetap, tidaklah terasa stres sangat. Ini...hmm...
Walaupun belum ada pelan hendak ke mana-mana pada tahun hadapan, tetapi itu tidak bermakna tiada apa-apa yang berlegar dalam kepala saya sekarang. Oleh sebab itu saya tuliskan entri ini untuk merekodkan travel wishlist saya untuk tahun 2014.
Semoga, apabila saya berjaya merealisasikan impian/impian-impian saya itu, bolehlah saya tuliskan di entri yang lain lalu tidaklah blog yang hidup-segan-mati-tak-mahu ini terus bersawang seperti tebalnya sawang lelabah Mirkwood dalam filem "The Hobbit: The Desolation of Smaug."
Baiklah, tanpa membuang masa merepek meraban tak tentu hala, berikut adalah senarai-senarainya....
1. KL - berjalan atas kaki sendiri
Semenjak dua menjak ini macam mengidam hendak berjalan kaki keliling KL. Semua ini gara-gara seorang minah saleh yang menahan saya untuk bertanya arah ke KLCC (kami berada di Jalan Tun HS Lee pada waktu itu). Saya beria-ia suruh dia naik LRT dari stesyen Masjid Jamek kerana saya rasa dari tempat kami ke KLCC boleh tahan jauh juga. Tetapi dia beria-ia cakap dia mahu berjalan kaki. Dua-dua degil hingga akhirnya dia tersenyum kelat sambil mengucapkan terima kasih atas saranan saya.
Sambil berlalu pergi, kepala saya ligat membayangkan arah jalan dari tempat saya berdiri tadi sehingga ke KLCC. Ala-ala peta minda. Tidaklah susah sangat sebenarnya untuk berjalan kaki ke sana - walaupun jaraknya tetaplah jauh. Kemudian timbul pula rasa bersalah kepada minah saleh tadi. Entah-entah dia memang ada misi untuk berjalan kaki keliling KL...saya pula seperti tidak memberikan kerjasama seperti yang diharap-harapkan. Sudahlah dia seorang diri ketika itu. Teruk betul saya rasa.
Jadi, sejak dari itu saya mula terfikir untuk melakukan perkara yang sama. Sekurang-kurangnya dapat ikut 'jejak' minah saleh itu dari Jalan Tun HS Lee ke KLCC pun jadilah...
2. Kembara ke negara yang menjadi juara Eropah 2 kali berturut-turut dan sekali Piala Dunia
Saya sudah memasang angan-angan untuk menjejakkan kaki ke negara ini
sejak mereka menjadi juara dunia pada tahun 2010. Tetapi sampai hujung
tahun 2013, masih belum lagi tertunai hajat saya yang satu ini.
Mungkinkah dalam edisi Piala Dunia 2014 mereka akan menang lagi? Kalau menang lagi...memanglah. Memang kena pergi juga. Kalau tidak, sia-sialah saya download apps Duolingo semata-mata mahu belajar bahasa Sepanyol...thehehehe!
Insya-Allah, jika ada rezeki sampai juga. Kalau tidak...redho...
3. United Kingdom - antara Bolasepak, Buku, dan Sejarah
Ada 2 tempat di UK yang saya kepingin sangat mahu lawati.
Pertama; Liverpool di England. Kalau sebut nama Liverpool, saya yakin ramai yang akan terfikirkan Liverpool FC (jangan lupa juga Everton FC. Tapi kalau lupa juga itu lebih baik...kuikui) dan kadang-kadang The Beatles mungkin terlintas juga di fikiran. Sebagai penyokong tegar Liverpool FC, sudah pastilah Stadium Anfield menjadi sasaran utama saya. >.<
Selain Anfield dan Muzium The Beatles, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa masjid pertama yang dibina di England (ada yang kata mungkin yang pertama juga di UK) terletak di Liverpool. Ia hasil usaha seorang muallaf (mungkin juga orang Inggeris yang pertama memeluk Islam) iaitu William Abdullah Quilliam a.k.a Sheikh Abdullah Quilliam. Mungkin dengan berkunjung ke sana nanti, saya dapat mengkaji sejarah perkembangan Islam di Liverpool khasnya dan England amnya walaupun sejarah adalah antara subjek yang saya paling lemah sejak dari zaman sekolah. *Sedih*
Lagi satu istimewanya Liverpool ini adalah kerana masjid utama dan terbesar di sana diberi nama Al-Rahma Mosque. Kembang rasa hati dibuatnya.
Kedua; Hay-on-Wye iaitu sebuah perkampungan buku yang terletak di sempadan England dan Wales. Malulah saya hendak mengaku sebagai pecinta buku jika belum lagi melawat ke sana kerana jika tidak silap saya, inilah perkampungan buku yang pertama di dunia.
Dan...jangan main-main, Hay-on-Wye mempunyai seorang raja yang bernama Richard Booth. Saya tidak pasti sama ada beliau...eh 'baginda' masih hidup lagi ataupun tidak. Kali terakhir saya bertemu beliau adalah pada tahun 2011 semasa 'baginda' turut serta dalam program baca@lrt.
Selain kedua-dua tempat di atas, sudah pastilah saya mahu mengembara ke seluruh UK...kalau bolehlah...Kalau tidak, kita kayuh pelan-pelan...
4. Doraemon, tolong bawa saya ke Jepun!
Hajat travel untuk tahun ini yang tidak kesampaian. Maka, saya bawa kehadapan untuk tahun 2014 pula. Cemburu sebab dua orang teman rapat saya sudah jejakkan kaki ke Jepun pada tahun ini.
Jadi, saya perlu menyamakan kedudukan dengan mereka berdua. Saya pantang kalau mereka lebih daripada saya...humpphh!!
Kalau saya perlu guna 'pintu ke mana sahaja' kepunyaan Doraemon untuk ke Jepun, saya akan guna. Janji sampai.
Semoga berjaya diucapkan kepada diri saya. Ganbate! Yosshhh....
Dengan pintu ini bukan setakat Jepun, seluruh dunia pun saya boleh pergi. Tak perlu susah-susah tulis wishlist ini, duh!
Sebenarnya senarai masih panjang lagi. Tetapi saya kongsikan apa yang masih tertangguh sejak sekian lama. Oh, oh...sebenarnya ada satu lagi yang tertinggal. Saya teringin hendak merasa bagaimana sambutan Hari Raya AidilAdha di Turkiye.
Hmm...tulis senarai bukan main. Macam orang banyak duit. Tak mengapalah, tak perlukan duitpun untuk berangan-angan.
Dan, tak perlukan duitpun kiranya tuan yang membaca entri ini mendoakan agar saya berjaya mengejar impian-impian tersebut (macam paksa pula...hehe...).
Selamat Tahun Baru!
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-66427021095088484832013-10-15T00:42:00.000+08:002013-10-15T00:42:14.820+08:00Hari Ini Dalam Sejarah
Setahun yang lalu pada waktu ini saya sedang duduk dengan mata tidak berkelip-kelip di depan laptop sambil menonton secara langsung sebuah kapsul angkasa sedang terbang menegak (kerana dipasang dengan belon helium) menuju ke angkasa raya.
Bukan. Saya bukan sedang menulis sebuah kisah pengembaraan bertemakan sai fai. Apa yang saya lihat itu adalah peristiwa yang benar-benar berlaku. Saya sedang melihat sebuah sejarah sedang tercipta pada waktu itu.
'Penerbangan' yang mengambil masa lebih daripada 2 jam itu memang boleh dikatakan agak membosankan. Tetapi pada masa yang sama agak mengujakan. Misi penerbangan ini adalah untuk mencipta rekod terjun bebas dari paras yang paling tinggi dan paling laju pernah dilakukan oleh manusia. Dan manusia yang begitu berani menyahut cabaran itu ialah Felix Baumgartner, seorang warga Austria.
Pada ketinggian 39 km (dalam kawasan stratosfera) daripada muka bumi, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Walaupun bukan saya yang akan melakukan penerjunan, jantung saya tetap berdegup dengan laju. Berdebar dan teruja menantikan saat Felix Baumgartner melakukan penerjunan. Apa sahaja boleh berlaku kerana misi ini juga boleh dikatakan adalah satu eksperimen untuk menguji sejauh mana tahannya tubuh manusia jatuh pada kelajuan yang tinggi.
Jantung terasa terhenti seketika apabila beliau mula melakukan terjunan bebas. Pada awalnya beliau kelihatan berpusing-pusing sebelum memasuki ruang udara bumi. Ada sedikit masalah juga yang beliau hadapi tetapi perkara itu dapat diatasi dengan segera. Selama lebih kurang 4 minit beliau terjun secara bebas sebelum akhirnya beliau membuka payung terjun. Dan setelah 11 minit memulakan terjunan, beliau mendarat dengan selamatnya di atas muka bumi.
Mahu tahu apa yang beliau capai hasil daripada penerjunan itu? Felix Baumgartner menjadi manusia yang pertama berjaya mengatasi kelajuan bunyi; lebih tepat lagi beliau telah mencapai kelajuan 1.25 mach (1.25 kali lebih laju daripada kelajuan bunyi) tanpa menggunakan kenderaan berenjin. Beliau juga berjaya memecahkan beberapa lagi rekod yang boleh dibaca di sini.
Tidak sia-sia rasanya saya bersengkang mata menonton siaran langsung itu. Dari pukul 8 malam, 14 Oktober 2012, hingga pukul 2 pagi, 15 Oktober 2012 saya menahan mata daripada kantuk. Dapat juga saya melihat sebuah sejarah sedang dicipta. Bangga wooo~
Tapi, apa faedahnya terjunan itu dilakukan? Saya petik kata-kata Dr. Jonathan Clark, Pengarah Perubatan bagi projek penerjunan tersebut,
"We'll be setting new standards for aviation. Never before has anyone reached the speed of sound without being in an aircraft. Red Bull Stratos is testing new equipment and developing the procedures for inhabiting such high altitudes as well as enduring such extreme acceleration. The aim is to improve the safety for space professionals as well as potential space tourists."
Nampak tak di situ? Space tourists.
Buat masa ini Virgin Air sudah memulakan projek pelancongan angkasanya sendiri. Mana tahu Air Asia juga akan mengikut jejak langkah Virgin Air. Lagipun Tan Sri Tony Fernandes bersahabat baik dengan Sir Richard Branson (apa kena-mengenanya pun tak tahu...haha).
Saya bayangkan pada waktu itu beliau akan menubuhkan anak syarikat baru - Air Asia Space. Now everyone can fly...into space.
Hmm...angan-angan itukan percuma.
Baiklah, kita tinggalkan angan-angan dan kembali semula ke alam realiti...ke tahun lepas. Mari kita tonton bersama-sama terjunan yang bersejarah itu.
* Felix Baumgartner telah melakukan pengorbanan bukan sahaja semata-mata untuk mencipta rekod, tetapi untuk kajian saintifik. Apa pula pengorbanan kita?
** Selamat Hari Raya Aidiladha.Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-4260917672382198552013-08-13T23:57:00.001+08:002013-08-13T23:57:29.055+08:00Berita Baik
Alhamdulillah...
Akhirnya ada juga aplikasi khas untuk pelancong/pengembara/frequent flyer Muslim untuk kemudahan mendirikan solat dalam kapal terbang. Berita penuh boleh baca di sini.
Masalah yang selalu timbul apabila berada dalam penerbangan yang panjang adalah apabila hendak menentukan waktu masuk solat dan juga arah kiblat. Terpaksa guna cara manual seperti melihat panjang dan kedudukan bayang-bayang dan juga kedudukan matahari. Jenuh juga hendak mengingat langkah-langkah tersebut. Jadi, dengan adanya aplikasi sebegini saya percaya masalah ini akan dapat diselesaikan dengan mudah.
Buat masa ini, aplikasi solat dalam kapal terbang ini hanya boleh didapati dalam iPhone App. Tapi jangan bimbang...aplikasi ini akan diperluaskan kepada pengguna telefon pintar Androids pula nanti. Tunggu sahajalah, ya.
Eh...yang saya terlebih excited ni, macamlah saya ada iPhone. Jangan kata iPhone, apa-apa smartphone pun saya belum ada. Kasihannya saya dengan diri sendiri...
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-86887286706769499132013-07-21T09:46:00.000+08:002013-07-21T09:51:20.618+08:00Catatan Kembara K-Pop: Tentang Warga Emas
"Nenek, nenek
Si bongkok tiga
Siang mengantuk, malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenekku kahwin dengan anak raja"
Lagu di atas terus bergema dalam kepala (buruk perangai) sebaik sahaja saya terpandang seorang nenek sedang menuruni anak-anak tangga di salah satu stesyen Subway (tidak ingat pula stesyen mana. Sebenarnya bukan setakat nama, malah perkataan-perkataan dalam Bahasa Korea juga sangat susah untuk saya ingat) di Seoul. Jarang benar dapat melihat warga tua yang sudah 'bongkok tiga' (dengan darjah kebongkokan sebanyak 90 darjah) berjalan-jalan seorang diri di sebuah bandaraya yang besar. Jika di Kuala Lumpur, jangan haraplah. Saya sungguh berasa 'inspired' (bak kata slogan Tourism Korea - Korea: Be Inspired) dengan pemandangan ini sehingga tidak terfikir langsung hendak menolong nenek tersebut yang jelas sedang terkial-kial menuruni anak-anak tangga. Haih!
Tidak pernah saya membayangkan Seoul dipenuhi dengan warga emas. Ok, mungkin saya membesar-besarkan cerita, tetapi itulah sebahagian daripada hakikat sebenar masyarakat di Seoul. Sebelum ke Seoul, apa yang saya bayangkan - jika sampai di sana - pastilah saya akan melihat kebanjiran orang-orang muda dengan gaya K-Pop. Di mana-mana hanya ada perempuan-perempuan cantik dan jejaka-jejaka 'jambu.' Nampaknya saya tertipu dengan drama-drama dan rancangan hiburan terbitan Korea yang hanya sekali-sekala dijeling-jeling tetapi tidak ditonton dengan khusyuk.
Tetapi, itulah. Apa yang difikirkan tidak semuanya betul, walaupun Tuan Ramlee Awang Murshid pernah berkata dalam novel Rayyan Fantasi, "apa yang difikirkan itu ada." *Tetiba*
Kagum saya rasa dengan kehadiran warga emas ini. Di mana-mana sahaja dapat dilihat golongan tua ini berada, terutama sekali di stesyen-stesyen Subway. Entah mengapa mereka seperti berkumpul beramai-ramai di situ...terutama sekali apabila hari menjelang malam. Adakah mereka ini golongan gelandangan? Masih lagi merupakan satu teka-teki bagi saya.
Apa yang membuatkan saya kagum juga, jumlah mereka ini rasanya lebih ramai daripada jumlah kanak-kanak yang saya jumpa sepanjang saya berada di Seoul (adakah saya membesar-besarkan cerita sekali lagi? Saya pun tak tahu...haha!).
Agaknya, apa rahsia mereka ini berumur panjang?
Dalam bertanyakan soalan ini, saya teringat satu artikel atau mungkin juga sebuah dokumentari yang saya tonton (tidak ingat pula yang mana satu betul...Melayu memang mudah lupa, Nak) beberapa tahun yang lepas. Rahsia umur panjang warga Korea terletak pada cara pemakanan mereka. Mereka bukan sahaja memakan makanan yang sihat seperti kimchi. Tetapi cara mereka makan juga memainkan peranan yang penting. Mereka mengunyah dengan perlahan, lebih daripada 20 kali mengunyah barulah makanan itu ditelan. Ini bertepatan dengan sunnah Nabi Muhamad SAW yang mengunyah makanan sebanyak 40 kali sebelum makanan itu ditelan.
Sebab lain, mungkin kerana banyaknya tangga (di stesyen-stesyen Subway) terdapat di Seoul. Cara murah dan mudah untuk bersenam. Namun bagi sebuah negara maju, agak menghairankan juga kerana mereka masih lagi menggunakan tangga.
Saya juga mendapati golongan inilah yang paling mudah menghulurkan bantuan, walaupun hampir semua mereka ini tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris apalagi dalam Bahasa Melayu. Apa kena mengena umur panjang dengan sifat mudah menghulurkan bantuan? Entahlah. Mungkin mereka memang ikhlas menolong dan berhati baik. Maka dengan itu jiwa mereka lebih tenang lalu menyebabkan usia mereka panjang. Berkemungkinan juga, ya. Ajumma (makcik) dan ahjussi (pakcik) Korea memang bagus!
Namun hairan juga, belum ada kawasan di Korea yang menjadi Blue Zones lagi walaupun warga emasnya agak ramai. Mungkin belum ada yang usia mereka melebihi 100 tahun. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana pemandangan di kawasan yang sudah diisytiharkan sebagai Blue Zones ini. Oh, untuk pengetahuan ada 5 tempat telah dikenal pasti sebagai Blue Zones (tidak menurut aturan):
1. Ikaria, Greece
2. Nicoya, Costa Rica
3. Okinawa, Jepun
4. Sardinia, Itali
5. Loma Linda, California, Amerika Syarikat
Itu dia...senarai tempat-tempat yang bakal saya kunjungi (jika ada rezeki) nanti. *Berangan*
Gambar hiasan:
Salah seorang ahjussi Korea yang sudi bergambar dengan pasangan ajumma dan ahjussi dari Malaysia. Ahaks!
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-71199070895765820222013-05-22T01:28:00.000+08:002013-05-22T01:28:28.787+08:00Kembara Solo
Saya sebenarnya cemburu dengan orang-orang yang berani mengembara secara solo. Apalagi jika yang mengembara itu perempuan. Berkali-kali ganda rasa cemburu itu datang.
Saya, self-acclaimed "perempuan pengembara" tapi belum berani mengembara secara solo. Sedih, kan?
Dalam pada saya hendak mengumpul keberanian itu, saya pun membeli sebuah buku tulisan Wan Hassan Wan Ismail bertajuk 60 Tip Mengembara. Salah satu tip yang dikongsi oleh beliau adalah tip no. 25: Elakkan mengembara seorang diri. Hah!
Kalau hendak disenaraikan, rasanya ada banyak sebab mengapa mengembara seorang diri itu tidak digalakkan. Yang pasti, sebab utama adalah faktor keselamatan. Jika tidak, masakan Rasulullah SAW memberi peringatan akan hal ini dalam hadis beliau yang bermaksud:
"Jika manusia mengetahui bahaya musafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir walau satu malam sendirian." - Riwayat Bukhari no. 2776 (60 Tip Mengembara m/s 54).
Jadi, kesimpulannya di sini, jika hendak melancong atau mengembara, eloklah pergi bersama-sama teman. Teman yang dibawa itu pula seelok-eloknya sesuai dengan diri kita dan yang sanggup menghadapi segala rintangan dan cabaran sepanjang pengembaraan. Jika didapati dia/mereka tidak menepati ciri-ciri yang kita mahukan, bolehlah 'diceraikan' daripada aktiviti melancong/mengembara di masa hadapan.
Nota: Entri ini sebagai lanjutan jawapan atas pertanyaan tetamu blog ini yang telah meninggalkan jejak di 'Shoutbox' lebih kurang sebulan yang lepas. Maaf ya lambat bagi respons. Apa-apa pun terima kasih atas pertanyaan dan secara tidak langsung memberi 'writing prompt' untuk saya update blog ini :))
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-67773393079476791182013-02-24T12:47:00.000+08:002013-02-24T12:47:41.886+08:00Pada Masa Saya Sepatutnya Berada di HCMC...
...saya masih lagi terperap dalam bilik sambil membaca novel-novel terbitan Buku Fixi secara marathon.
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa membatalkan rancangan bercuti pada kali ini. Saya memohon maaf kepada seorang penulis komentar di entri Cara-cara Melancong Ke Luar Negara yang meminta saya membuat posting selepas pulang dari HCMC (Ho Chi Minh City) nanti. Nampak gayanya perkara itu tidak dapat direalisasikan buat masa ini. Mungkin saya pula yang akan merujuk kepada beliau nanti (kalau ada rezeki menjejakkan kaki ke HCMC).
Sedih juga, tetapi tidaklah berasa terlalu menyesal.
Baiklah, saya mahu sambung membaca novel-novel Fixi. Perlu serahkan segera kepada tuan yang empunya apabila selesai membacanya.
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-76127419846506625072013-02-13T00:03:00.000+08:002013-02-13T00:03:21.552+08:00Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Depan Mata Tak Nampak
Rindukan tasik-tasik di New Zealand...dapat lepak depan tasik di belakang rumah pun jadilah. Cantik juga rupanya.
*Kadang-kadang kita terlepas pandang apa yang ada di belakang rumah...
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-46738638634269210312013-01-27T01:57:00.000+08:002013-01-27T02:16:29.095+08:00Kembara Sastera Perempuan Pengembara: Masjid Jamek - Kelana Jaya - Taman Jaya
#Tajuk tak boleh blah...kononnya ala-ala Kembara Sastera Nisah Haron: UK & Dublin :P
Sudah lama Baca@LRT menyepi daripada sebarang aktiviti. Tahun ini ia dihidupkan kembali (harap tidak 'mati' semula selepas ini). Temanya kali ini membuatkan saya berasa teruja (baca: thrill) kerana melibatkan seorang penulis tersohor di Malaysia ini. Penulis yang dilabel sebagai no. 1 di kalangan penulis - penulis novel bergenre thriller tanahair. Siapa lagi kalau bukan Tuan Ramlee Awang Murshid. Maka dengan itu, tercetuslah Baca@LRT: RAM. Idea ini sudah dizahirkan kalau tidak silap saya dari tahun 2010 (atau 2011?) lagi. Dan sebenarnya ia sudah diuar-uarkan untuk diadakan pada bulan Jun 2010 (atau 2011?). Tetapi malang sungguh terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Terus terang, saya bukanlah peminat tegar Tuan Ramlee Awang Murshid (baca: Tuan RAM). Tetapi yang pasti novel "Tombiruo" yang dibeli lebih sedekad yang lalu telah memperkenalkan saya kepada corak penulisan beliau. Masih teringat lagi perasaan saya setelah habis membaca novel tersebut. Kagum. Selepas itu saya tidak lagi membeli novel-novel tulisan beliau kerana tidak mengikuti langsung perkembangan industri buku di negara sendiri dan kerana kecewa "Tombiruo" saya itu hilang. Lagipun Tuan RAM belum begitu dikenali pada waktu itu. Namun nama beliau sudah terpahat sebagai salah seorang penulis Malaysia yang saya kagumi selain Tuan Ahmad Patria Abdullah.
Saya teringat beberapa lama selepas saya membaca novel "Tombiruo" pihak penerbit telah mengadakan promosi novel terbaru Tuan RAM (tidak ingat novel yang mana) dan sesi tanda-tangan di bahagian ruang legar bawah tanah Stesyen LRT Masjid Jamek. Saya yang sudah beberapa hari tahu tentang hari 'kejadian' tersebut, sengaja keluar untuk melihat-lihat sambil mengambil peluang berjalan-jalan. Sampai sahaja di sana saya lihat lengang sungguh meja di mana tempat Tuan RAM duduk. Saya jadi malu-malu untuk menghampiri meja untuk membeli novel dan seterusnya mendapatkan tanda-tangan beliau. Malang sungguh waktu itu teknik 'nekad sesaat memasuki bilik mayat' belum diperkenalkan oleh Tuan Bahruddin Bekri - dalam "Diari Mat Despatch" - yang belumpun menjadi seorang penulis novel lagi. Sekiranya sudah, saya pasti akan menggunakan teknik tersebut untuk mendapatkan tanda-tangan Tuan RAM. Tidak berjaya menahan rasa segan dan ragu-ragu, sudahnya saya membawa diri ke KLCC.
Baik, kita tinggalkan cerita lebih sedekad yang lalu dan kembali kepada tarikh 19 Januari. Oleh kerana bimbang tidak sempat (baca: terlambat) berkumpul pada masa dan tempat yang telah ditetapkan iaitu pada jam 10:00 pagi di Stesyen LRT Gombak, maka saya mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Stesyen LRT Masjid Jamek dengan menaiki bas (hidup public transport!). Bagaikan perjalanan direstui olehNya, cuaca begitu baik sekali pada pagi itu; tidak terlalu panas dan tidak pula sejuk. Redup. Alhamdulillah.
Setelah melalui perjalanan hampir sejam tanpa diiringi dengan aktiviti membaca (teruk betul!), saya turun di Masjid India. Kemudian berjalan kaki dengan kelajuan yang entah berapa kilometer sejam, saya berjaya sampai di platform tren tepat pada pukul 10:45 pagi. Saya kira para peserta yang bergerak dari Gombak pasti akan sampai sebentar lagi kerana mengikut rancangan asal, mereka akan menaiki tren pada pukul 10:30 pagi. Namun, saya masih belum mendapat apa-apa petunjuk (baca: SMS) daripada pemberi maklumat kepercayaan saya iaitu Penasihat RAMFC; Tuan AttOkz Dikulgai.
Tidak berapa lama kemudian saya menerima SMS daripada sahabat saya, Puan Azrina yang bertanyakan saya berada di mana. Beliau kata beliau sudah bergerak dari Stesyen Gombak dan pada masa itu sudah berada di Wangsa Maju. Beliau tidak turun di Stesyen Gombak tadi kerana menyangkakan para peserta Baca@LRT sudah menaiki tren yang sama dengannya. Namun beliau hairan, kenapa tidak ramai orang. Eh?
Saya menuntut penjelasan daripada pemberi maklumat saya yang masih lagi diam seribu bahasa. Rupa-rupanya para peserta masih lagi berada di Gombak. Mereka belum menaiki tren lagi. Patutlah! Cepat-cepat saya khabarkan berita tersebut kepada Puan Azrina dan meminta beliau sekeluarga turun di Stesyen Masjid Jamek untuk menyertai saya di sana.
Puan Azrina tiba tidak lama kemudian bersama-sama dengan rombongan beliau yang terdiri daripada seorang Maryam (baca: anak perempuan) dan tiga orang Sunan (baca: seorang suami dan dua orang anak lelaki). Saya rasa Puan Azrina pula adalah Ratna, si ratu hati Sunan. Setuju, Puan Azrina? Hehe!
Apabila tren yang membawa para peserta yang bertolak dari Gombak sudah bergerak dan kemudian hampir tiba di Masjid Jamek, Tuan AttOkz menghantar mesej supaya kami bersedia. Tren yang dinaiki mereka tiba dalam pukul 11:15 pagi.
Ah, leganya. Masih banyak tempat duduk. Saya duduk sebaris dengan Ratna, Maryam dan dua orang Sunan. Sementara Sunan yang paling tua duduk di kerusi berhadapan dengan si Ratna (romantik gitu..boleh bertentangan mata). Di sebelah saya duduk seorang gadis Melayu. Tiada bahan bacaan yang dipegang. Jadi, saya beranggapan dia bukan salah seorang peserta. Sepanjang masa dia banyak tertunduk. Mungkin gelisah kerana ramai penumpang di sekelilingnya sedang membaca sedangkan dia tidak. Sah, dia bukan salah seorang peserta dan rasanya kami telah berjaya 'mengusik' gadis tersebut.
Saya pula, hanya membawa novel "9 Nyawa" kerana hanya novel inilah yang ada di rumah yang diduduki sekarang sedangkan novel-novel tulisan Tuan RAM yang lain sudah diangkut ke rumah baru (yang sudah tidak baru lagi). Nasib baik Tuan AttOkz sempat menghulurkan novel terbaru Tuan RAM berjudul "Aku Bercerita" - yang telah dipesan awal-awal - semasa saya baru menaiki tren.
Sampai di Stesyen Kelana Jaya, kami semua pun keluar dari tren. Ada sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Tuan Penasihat RAMFC, dan sesi yang wajib iaitu bergambar beramai-ramai sambil memegang buku masing-masing. Kemudian kami diberikan masa beberapa minit untuk aktiviti bebas (baca: bergambar dan beramah mesra) sebelum sama-sama menaiki tren yang akan membawa kami ke Stesyen Taman Jaya.
Sementara menunggu tren, sempat saya memberikan buku percuma kepada Ratna (baca: Puan Azrina) iaitu buku Sailang Magnum Opus RAM. Buku yang memuatkan karya saya yang berupa sebuah certot (cerita kontot) yang berjudul "Sailang - 9 Nyawa." Ia sebuah cerita cross-over daripada salah satu kejadian dan watak misteri dalam novel "9 Nyawa" (sebab itu hanya ada novel ini dalam tangan). Rugi sesiapa yang tidak memiliki buku tersebut. Bukan senang hendak pujuk perempuan ini menulis, hatta menulis certot sekalipun...ehekk!
Terpancar kegembiraan di wajah Ratna apabila diberi buku percuma. Di sebelah beliau ialah Maryam. Manakala di belakang Maryam ialah Sunan paling tua.
Tren sampai, kami pun naik. Sampai di Stesyen Taman Jaya, kami berjalan kaki pula menuju ke taman yang terletak bersebelahan dengan bangunan TNB. Nama taman itu ialah Taman Jaya. Duh! Sudah dua, tiga kali saya ke bangunan TNB atas urusan tidak rasmi, tidak perasan pula ada taman tasik di sebelahnya. Memang benarlah, jauh perjalanan (baca: berjalan kaki) luas pemandangan yang selama ini disekat oleh bangunan TNB itu.
Aktiviti pertama di tepi tasik adalah - makan! Waktu pun sudah menginjak ke tengah hari, maka memang patutlah kami makan dahulu. Ada pulut kuning, rendang ayam, bihun, nasi lemak bungkus, dan cupcakes coklat. Om nom nom nom...
Aktiviti seterusnya, permainan Ice Breaking yang sebenarnya bukan permainan tetapi sesi memperkenalkan diri. Saya tidak turut serta kerana saya tidak suka publisiti...hihihi! Selepas itu Tuan RAM pula yang melakukan Ice Breaking (baca: ucapan alu-aluan) sebelum acara permainan RAMtasia dimulakan.
Ucapan alu-aluan oleh Tuan RAM yang tidak memakan masa dua jam...nasib baik...
Namun, belumpun sempat bermain, kami semua dipanggil untuk sesi bergambar beramai-ramai bersama-sama dengan Tuan RAM.
Gambar beramai-ramai. Tidak perlulah dicari mana Perempuan Pengembara...'hijab' tidak terbuka.
Gambar kredit: Puan Azrina.
Walaupun keseorangan, 'hijab'nya masih belum terbuka. Maka, jadilah dia si muka buku.
Gambar kredit: Puan Azrina.
Permainan disambung selepas sesi bergambar. Selesai permainan kedua ini, Puan Azrina pun meminta diri untuk pulang. Namun sebelum itu saya diberikan sebuah buku percuma oleh beliau. Buku bertajuk "Bergaduh & Menari" tulisan Alif Firdaus Azis. Terima kasih, Rin! Nanti bagilah lagi...hehe!
Setelah Puan Azrina sekeluarga pulang, tinggallah saya seorang diri bagi meneruskan permainan yang ketiga iaitu "Manggala Mengganas." Manggala ialah serigala jadian yang mengganas di sebuah perkampungan. Setiap malam ia akan membunuh seorang mangsa. Apabila hari siang, orang-orang kampung diminta untuk mencari siapakah Manggala daripada kalangan mereka, lalu membunuhnya untuk mengembalikan keamanan kampung. Untuk bermain permainan ini, setiap pemain diminta untuk mencabut watak yang telah ditulis pada cebisan kertas. Hanya mereka sahaja yang tahu watak apa yang dipegang oleh diri masing-masing. Watak yang saya dapat - ibu mithali. Nasib baik saya tidak tergelak kuat semasa melihat kertas yang saya cabut itu. Ibu mithali? Ya, saya mengaku saya ibu mithali - 'ibu' mithali kepada kucing-kucing saya :D
Akhirnya, dua orang Manggala berjaya 'dibunuh.' Sebenarnya ada tiga orang Manggala. Manggala yang ketiga terselamat kerana 'orang-orang kampung' sudah kepenatan hendak meneruskan permainan.
Acara disambung lagi untuk permainan yang terakhir iaitu "Panggilan Zonan" yang merupakan permainan menyampaikan mesej. Permainan ini yang paling banyak mengundang ketawa. Manakan tidak, daripada mesej yang panjang lima baris, apabila sampai kepada orang terakhir yang tinggal cuma satu baris. Kelakar betul. Nasib baik juga kami hanya bermain sebanyak dua daripada tiga pusingan. Saya mendapat tahu pusingan ketiga adalah yang paling mencabar kerana ada diselitkan mesej dalam bahasa Jawa. OMG!
Habis permainan, tibalah acara penyampaian cenderahati yang disampaikan sendiri oleh Tuan RAM. Kemudian, acara yang paling dinanti-nantikan oleh para peserta. Sesi mendapatkan tanda-tangan Tuan RAM. Walaupun ramai yang sudah pulang, tetapi itu tidak bermakna tiada sesiapa yang beratur untuk mendapatkan tanda-tangan beliau. Berbeza sungguh dengan situasi yang saya lihat lebih kurang sedekat yang lepas. Kini Tuan RAM sudah ada ramai pengikut. Kalau tidak, mana mungkin RAMFC boleh wujud seperti sekarang.
Gembira rasa di hati setelah mendapat tanda-tangan Tuan RAM pada novel "9 Nyawa" dan "Aku Bercerita" Tidak ketinggalan, salah satu cenderahati yang berupa penanda buku juga ditanda-tangani oleh beliau. Sebenarnya saya ingin meminta beliau menulis kata-kata "You'll Never Walk Alone" atau cukup setakat "YNWA" dalam kedua-dua novel tersebut kerana saya tahu Tuan RAM seorang penyokong pasukan Liverpool dan memandangkan Tuan AttOkz telah memberitahu beliau saya juga penyokong Liverpool. Namun tidak terucap jua...malu...hihi! Semasa sedang menanda-tangan, sempat juga beliau memberikan pendapat bahawa Liverpool agak lemah di bahagian pertahanan. Juga kisah beliau anak beranak ketika menonton perlawanan antara Liverpool dengan Manchester United (baca: MU) pada pertengahan bulan ini. Mereka diberi amaran agar tidak bergaduh apabila isteri beliau mendapat tahu MU telah menjaringkan gol (anak tunggal mereka merupakan peminat MU). Sweet :D
Setelah mendapat apa yang dihajati, saya pun meninggalkan taman tasik lebih kurang pada pukul 3:30 petang dengan perasaan gembira yang mengebu-gebu dalam hati. Cewah!
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tim RAMFC di atas kejayaan mereka mengatur acara dengan begitu baik sekali. Ini adalah antara siri Baca@LRT yang terbaik pernah saya turut serta.
Saya juga membayangkan akan ada lagi tema Baca@LRT yang melibatkan para penulis yang lain. Antara yang saya paling impikan adalah Baca@LRT: APA. APA? Bukan apa-apa...APA di sini merupakan kependekkan bagi nama penulis fantasi dan sains fiksyen no. 1 di Malaysia - Tuan Ahmad Patria Abdullah. Namun, mungkin ia sukar dijadikan kenyataan kerana dengar khabarnya Tuan APA tidak sukakan publisiti yang luas. *Bunyi cengkerik*
APA pun tak boleh...APA kata kita cuba pelan B pula - Baca@ LRT: BB (Baca: Tuan Bahruddin Bekri). Atau...buat tema gabungan penulis-penulis yang meminati Liverpool (tetiba) - antara yang saya tahu, Tuan RAM, Tuan APA (itupun jika beliau sudi...uhuhu), Tuan BB, Tuan Web Sutera, dan Es Rahmaniza. Eh? Siapa Es Rahmaniza? *Bunyi cengkerik*
Apa-apapun, diharapkan Baca@LRT atau Baca@ yang lain akan terus hidup subur di bumi Malaysia ini. Memetik kata-kata Puan Azrina, "Saya harap lambaian kelmarin bukanlah lambaian terakhir. Malahan, ia adalah lambaian menjemput delegasi Baca@LRT yang lebih besar selepas ini." Well said, my friend.
Nota: Dengar khabar Es Rahmaniza juga tidak sukakan publisiti. Jadi, bolehlah diabaikan. Lagipun, dia ini entah siapa-siapa (dan cengkerik pun berbunyi...krik...krik...krik...).
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-26842019377852826682013-01-06T02:33:00.002+08:002013-05-01T22:26:34.740+08:00Kembara Berdua di Bumi Maori 13
OAMARU - DUNEDIN
Meneliti himpunan buku-buku tentang buku, kedai buku dan industri buku dunia, saya berpendapat, perlu ada satu pakej kembara tentang buku berbanding kembara yang sering dikaitkan dengan aktiviti membeli-belah, makan-makan atau melawat tempat-tempat yang popular - Nisah Haron
Pagi hari ke-empat, seawal pukul 7:00 Chik sudah bergegas ke dapur komuniti yang terletak di seberang bilik kami. Menu pagi ini - nasi goreng. Itulah kerja enteng seorang tukang masak bernama Chik. Ahaks!
Satu perkara yang saya suka tentang dapur komuniti di sini adalah terdapat rak buku khas bagi para penginap untuk bertukar-tukar buku yang terletak di ruang santai. Idea yang sangat bagus dan sudah tentunya saya berasa teruja melihatnya.
Jawapan bagi soalan pertama: Mestilah.
Jawapan bagi soalan kedua: Ya, ya!
Soalan: Kalau tukar buku dengan nasi goreng, boleh tak? Chik punya portion. Bolehlah...bolehlah...
Namun draf keterujaan menurun sedikit apabila saya mendapati tidak banyak buku yang berterabur dalam rak. *Bunyi cengkerik*
Dan tiada pula buku yang menarik perhatian saya. *Bunyi cengkerik*
Kalau ada pun, tidak mungkin saya akan menukarkannya dengan buku "Kembara Sastera Nisah Haron: United Kingdom dan Dublin" yang dibeli sehari sebelum terbang ke sini, yang bertanda-tangan penulis, dan yang saya masih belum habis mengkhatamnya lagi.
*Bunyi cengkerik*
Apa-apa pun, ruang santai dan dapur boleh tahan luas. Nama pun dapur komuniti. Haruslah besar bagi menampung kami berdua dan sebuah keluarga Cina yang masuk ke dalam dapur setelah kami memulakan operasi memasak.
Selesai memasak dan mengemas, kami angkut makanan dan bersarapan di dalam bilik. Selepas bersarapan, kami bersiap-siap pula untuk check-out.
Lebih kurang pukul 9:30 pagi dan setelah selesai urusan check-out, barulah kami bergerak ke destinasi pertama iaitu - pejabat pos. Poskad-poskad yang sudah siap ditulis, perlu dihantar dengan segera. Harapan saya semoga poskad-poskad boleh sampai sebelum saya pulang ke tanah air.
Sampai di pusat bandar Oamaru, kami berhenti berdekatan dengan pasaraya Countdown kerana menurut GPS yang begitu setia menunjukkan jalan kepada kami, pejabat pos terletak di sebelah kanan jalan iaitu betul-betul bertentangan dengan pasaraya tersebut. Saya lihat barisan bangunan di sebelah kanan jalan. Di hujung bangunan nampak seperti pejabat pos. Tetapi tiada pula papan tanda menunjukkan itu adalah pejabat pos. Yang ada hanya papan tanda "Post Shoppe." Untuk kepastian, Chik bertanya kepada seorang wanita yang sedang memunggah barang-barang yang baru dibeli ke dalam keretanya di kawasan parkir pasaraya. Dia menunjukkan ke arah bangunan yang tadi kami syak adalah pejabat pos. Memang tidak syak lagi itulah pejabat pos yang dicari.
Maka, kami pun cuba masuk ke dalam pejabat pos tanpa mengesyaki apa-apa. Tetapi pintu yang kami tolak itu tidak pula mahu terbuka. Rupa-rupanya salah pintu. Lain kali masuk melalui pintu utama, bukan pintu tepi yang mungkin hanya untuk staf, ya...pppfffttt!
Disebabkan keputusan last minute untuk menghantar satu lagi poskad ke tanah air, Chik kekurangan satu setem lalu dia beratur untuk membelinya di kaunter. Sampai giliran, sempat dia bertanya kepada staf di kaunter berapa hari poskad boleh sampai ke Malaysia. Menurut staf tersebut, dalam masa seminggu boleh sampai. Fuh! Sempat juga poskad sampai sebelum kami balik (sebenarnya poskad sampai lebih kurang tiga minggu selepas saya balik ke Malaysia. Cheh!).
Selesai urusan di pejabat pos, alang-alang sudah sampai di pasaraya Countdown, kami singgah sebentar untuk membeli...cokelat Whittaker's. Cokelat Whittaker's, memang sedap. Percayalah (iklan tidak berbayar).
Setelah mendapat habuan yang dihajati, barulah kami berjalan ke Harbour & Tyne Historic Precint. Kawasan ini dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama dan bersejarah. Berada di sini membuatkan saya berasa seperti berada di zaman Victorian (walaupun saya tidak tahu bagaimana rasanya berada dalam zaman Victorian...haha...).
Kereta putih lagi comel itulah kereta sewa kami.
Time traveling.
Orang-orang zaman dahulu memang suka berpantun...termasuklah orang putih. Sungguh tidak kusangka!
Kami menyusuri celah-celah bangunan dan tepi-tepi jalan sehingga sampai ke sebuah gereja lama yang terletak di atas bukit.
Sedang mata melilau-lilau melihat sekeliling, tiba-tiba saya terpandangkan sebuah syurga yang terletak bertentangan dengan gereja. Sebuah barisan kedai-kedai kecil yang salah satunya tertera papan tanda "Almost All New Zealand Books." Itulah syurga yang saya maksudkan. Saya mesti pilih untuk masuk ke syurga itu. Nasib baiklah Chik pilih untuk ikut sama.
Himpunan buku-buku sastera...Ini barulah boleh dinamakan sebagai kembara sastera (*_*)
Membaca perlu tekun walaupun ia hanyalah lakonan semata-mata.
Puas bergambar dalam kedai buku, Chik sempat beramah mesra dengan tuan punya kedai yang memperkenalkan dirinya sebagai Rob (nama penuh tidak diketahui...yang pastinya bukan Rob Thomas. Hehe...). Semasa kami sibuk bergambar dan membelek-belek buku, beliau sedang tekun membaca di kaunter. Tidak sangka pula beliau sangat peramah orangnya. Beliau memberitahu bahawa buku-buku di kedai itu adalah milik beliau sendiri. Teruja sungguh saya mendengarnya - daripada minat kepada buku boleh pula beliau jadikan sebagai sumber pendapatan. Saya kagum!
Apabila ditanya apakah tempat menarik yang boleh kami kunjungi sebelum kami bertolak ke Dunedin, Tuan Rob mencadangkan agar kami pergi ke Yellow-Eyed Penguin Colony untuk melihat anjing laut. Katanya dua tiga hari lepas beliau dan isteri telah ke sana dan mereka dapat melihat beberapa ekor anjing laut sedang melepak di tepi pantai. Tuan Rob menunjukkan arah ke sana pada peta yang memang tersedia di atas meja. Sebelum meninggalkan kedai, helaian peta itu diberikan kepada kami.
Kami berjalan-jalan lagi di sekitar Historic Precint sebelum bertolak ke Yellow-Eyed Penguin Colony. Lagipun Chik mahu ke tandas. Semasa sedang menunggu Chik di luar, saya lihat para pelancong - yang terdiri daripada warga emas - sedang dibawa ke sebuah 'kedai kopi' di seberang jalan oleh seorang makcik yang berpakaian zaman Victorian. Para pekerja di 'kedai kopi' pula berpakaian seperti pelayan/pembantu rumah di zaman Victorian - berbaju gaun hitam dengan apron dan topi putih.
'Kedai kopi' di seberang jalan.
Tidak lama kemudian, makcik yang membawa rombongan tadi keluar dari situ dan berjalan semula ke arah bangunan tempat saya berdiri.
Alololo makcik...sopannya dia jalan.
Setelah Chik keluar, kami sempat bergambar dan beramah mesra dengan makcik berpakaian zaman Victorian itu. Sebagai salah seorang petugas di bahagian pelancongan, beliau dikehendaki berpakaian begitu supaya pelancong dapat merasai pengalaman gaya hidup di zaman Victorian. Yang paling saya tidak tahan beliau sangat jakun melihat Chik mengambil gambar menggunakan tablet. Siap dibelek-beleknya. Makcik...makcik...memang ketinggalan zaman betullah. Ahaks!
Setelah puas bergambar dan berbual, kami meminta diri daripada makcik itu lalu berjalan menuju ke Steampunk HQ. Terdapat replika kepala kereta api di hadapan bangunan. Menurut penerangan yang tertulis di risalah yang saya ambil di hotel sebelum ini, Steampunk adalah:
"a sub-genre of science fiction, fantasy, alternate history, and speculative fiction that came into prominence during the 1980s and early 1990s"
Lagi ditulis, "head back to an imaginary Victorian time when steam power is King, a place where the petroleum age never arrived and the world continued to grow and develop - here you have Steampunk - History meets Punk."
Menarik bukan? History meets Punk. How cool is that!
Ini gaya punk sakit lutut. Anda dibenarkan untuk meniru gaya ini.
Kedatangan kami disambut oleh seorang pakcik yang bertugas di situ. Setelah menceritakan serba sedikit tentang Steampunk, beliau bertanya sama ada kami mahu melihat kereta api itu beraksi. Sudah tentulah kami mahu. Dengan bayaran NZD2.00 yang dimasukkan ke dalam slot duit syiling yang terletak di hadapan kereta api, ia mula 'hidup.'
Sudah tentu kereta api itu tidak bergerak. Ia cuma mengeluarkan bunyi dan serombongnya mengeluarkan api dan asap seolah-olah ia sedang bergerak.
Kereta api sedang 'bergerak'...choo choo!
Aksi itu berlangsung lebih kurang dalam 5 minit, sebelum ia kembali senyap seperti biasa. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pakcik itu, barulah kami bergerak ke arah kereta.
Sebelum memulakan perjalanan, seperti lazimnya, Chik akan mengeset alamat/arah ke destinasi seterusnya dalam GPS. Malangnya, setelah beberapa kali mencuba dengan pelbagai cara, arah ke Yellow-Eyed Penguin Colony tidak dapat diset. Hairan betul. Bukankah sepatutnya tempat itu termasuk dalam salah satu Places of Interest di Oamaru? Aduhai GPS...hendak Guna Pun Susah...
-Bersambung-
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-4612198781477540967.post-56019435528760786722012-12-25T19:03:00.000+08:002012-12-25T19:05:37.361+08:00Umrah Ramadan: Perihal Nada Dering
Sedang saya berteleku di dalam Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah...
...tiba-tiba terdengar nada dering yang tidak sepatutnya kedengaran di dalam masjid yang mulia itu atau di mana-mana masjid pun di dunia ini. Kuat bunyinya.
Fokus saya terganggu. Kepala melilau-lilau mencari empunya telefon bimbit tersebut. Namun saya tidak berjaya menemukan si dia.
Bukan sekali. Tetapi dua kali saya mendengar nada dering yang sama pada hari yang berlainan sepanjang saya berada di Madinah.
Barangkali empunya telefon tidak tahu. Jika terjumpa, ingin saya beritahu. Namun apakan daya. Saya tidak berjaya mengesannya.
Mungkin pada dia, nada dering itu hanyalah sebuah lagu yang catchy. Lalu dia memilihnya sebagai nada dering. Memang saya tidak nafikan perkara itu (terlalu catchy sehingga pada suatu masa dahulu liriknya pernah diubah oleh entah siapa-siapa menjadi lirik yang sangat 'nakal' bunyinya). Namun yang dia tidak tahu lagu itu adalah lagu yang sering dinyanyikan oleh penganut agama Kristian sewaktu menyambut hari Krismas iaitu "Jingle Bells!"
* Kadang-kadang saya rasa bagus juga kerana kita di Malaysia diberi pendedahan tentang dunia barat (walaupun banyak yang tidak elok daripada yang elok). Sekurang-kurangnya kita boleh pilih mana yang baik dan mana yang tidak (semoga kita tidak tersalah membuat pilihan)...dan akan lebih berhati-hati agar tidak terjadi seperti kes jemaah wanita di atas yang mungkin tidak mendapat pendedahan yang serupa. Wallahu 'alam...
Siti Rhttp://www.blogger.com/profile/10120995000601094842noreply@blogger.com2