Sunday, January 6, 2013

Kembara Berdua di Bumi Maori 13

OAMARU - DUNEDIN

Meneliti himpunan buku-buku tentang buku, kedai buku dan industri buku dunia, saya berpendapat, perlu ada satu pakej kembara tentang buku berbanding kembara yang sering dikaitkan dengan aktiviti membeli-belah, makan-makan atau melawat tempat-tempat yang popular - Nisah Haron

Pagi hari ke-empat, seawal pukul 7:00 Chik sudah bergegas ke dapur komuniti yang terletak di seberang bilik kami. Menu pagi ini - nasi goreng. Itulah kerja enteng seorang tukang masak bernama Chik. Ahaks!

Satu perkara yang saya suka tentang dapur komuniti di sini adalah terdapat rak buku khas bagi para penginap untuk bertukar-tukar buku yang terletak di ruang santai. Idea yang sangat bagus dan sudah tentunya saya berasa teruja melihatnya.

Jawapan bagi soalan pertama: Mestilah.
Jawapan bagi soalan kedua: Ya, ya!
Soalan: Kalau tukar buku dengan nasi goreng, boleh tak? Chik punya portion. Bolehlah...bolehlah...

Namun draf keterujaan menurun sedikit apabila saya mendapati tidak banyak buku yang berterabur dalam rak. *Bunyi cengkerik*

Dan tiada pula buku yang menarik perhatian saya. *Bunyi cengkerik*

Kalau ada pun, tidak mungkin saya akan menukarkannya dengan buku "Kembara Sastera Nisah Haron: United Kingdom dan Dublin" yang dibeli sehari sebelum terbang ke sini, yang bertanda-tangan penulis, dan yang saya masih belum habis mengkhatamnya lagi.

*Bunyi cengkerik*

Apa-apa pun, ruang santai dan dapur boleh tahan luas. Nama pun dapur komuniti. Haruslah besar bagi menampung kami berdua dan sebuah keluarga Cina yang masuk ke dalam dapur setelah kami memulakan operasi memasak.

Selesai memasak dan mengemas, kami angkut makanan dan bersarapan di dalam bilik. Selepas bersarapan, kami bersiap-siap pula untuk check-out.

Lebih kurang pukul 9:30 pagi dan setelah selesai urusan check-out, barulah kami bergerak ke destinasi pertama iaitu - pejabat pos. Poskad-poskad yang sudah siap ditulis, perlu dihantar dengan segera. Harapan saya semoga poskad-poskad boleh sampai sebelum saya pulang ke tanah air.

Sampai di pusat bandar Oamaru, kami berhenti berdekatan dengan pasaraya Countdown kerana menurut GPS yang begitu setia menunjukkan jalan kepada kami, pejabat pos terletak di sebelah kanan jalan iaitu betul-betul bertentangan dengan pasaraya tersebut. Saya lihat barisan bangunan di sebelah kanan jalan. Di hujung bangunan nampak seperti pejabat pos. Tetapi tiada pula papan tanda menunjukkan itu adalah pejabat pos. Yang ada hanya papan tanda "Post Shoppe." Untuk kepastian, Chik bertanya kepada seorang wanita yang sedang memunggah barang-barang yang baru dibeli ke dalam keretanya di kawasan parkir pasaraya. Dia menunjukkan ke arah bangunan yang tadi kami syak adalah pejabat pos. Memang tidak syak lagi itulah pejabat pos yang dicari.

Maka, kami pun cuba masuk ke dalam pejabat pos tanpa mengesyaki apa-apa. Tetapi pintu yang kami tolak itu tidak pula mahu terbuka. Rupa-rupanya salah pintu. Lain kali masuk melalui pintu utama, bukan pintu tepi yang mungkin hanya untuk staf, ya...pppfffttt!

Disebabkan keputusan last minute untuk menghantar satu lagi poskad ke tanah air, Chik kekurangan satu setem lalu dia beratur untuk membelinya di kaunter. Sampai giliran, sempat dia bertanya kepada staf di kaunter berapa hari poskad boleh sampai ke Malaysia. Menurut staf tersebut, dalam masa seminggu boleh sampai. Fuh! Sempat juga poskad sampai sebelum kami balik (sebenarnya poskad sampai lebih kurang tiga minggu selepas saya balik ke Malaysia. Cheh!).

Selesai urusan di pejabat pos, alang-alang sudah sampai di pasaraya Countdown, kami singgah sebentar untuk membeli...cokelat Whittaker's. Cokelat Whittaker's, memang sedap. Percayalah (iklan tidak berbayar).

Setelah mendapat habuan yang dihajati, barulah kami berjalan ke Harbour & Tyne Historic Precint. Kawasan ini dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama dan bersejarah. Berada di sini membuatkan saya berasa seperti berada di zaman Victorian (walaupun saya tidak tahu bagaimana rasanya berada dalam zaman Victorian...haha...).

Kereta putih lagi comel itulah kereta sewa kami. 

Time traveling.

Orang-orang zaman dahulu memang suka berpantun...termasuklah orang putih. Sungguh tidak kusangka!

Kami menyusuri celah-celah bangunan dan tepi-tepi jalan sehingga sampai ke sebuah gereja lama yang terletak di atas bukit.

Sedang mata melilau-lilau melihat sekeliling, tiba-tiba saya terpandangkan sebuah syurga yang terletak bertentangan dengan gereja. Sebuah barisan kedai-kedai kecil yang salah satunya tertera papan tanda "Almost All New Zealand Books." Itulah syurga yang saya maksudkan. Saya mesti pilih untuk masuk ke syurga itu. Nasib baiklah Chik pilih untuk ikut sama.

Himpunan buku-buku sastera...Ini barulah boleh dinamakan sebagai kembara sastera (*_*)

Membaca perlu tekun walaupun ia hanyalah lakonan semata-mata.

Puas bergambar dalam kedai buku, Chik sempat beramah mesra dengan tuan punya kedai yang memperkenalkan dirinya sebagai Rob (nama penuh tidak diketahui...yang pastinya bukan Rob Thomas. Hehe...). Semasa kami sibuk bergambar dan membelek-belek buku, beliau sedang tekun membaca di kaunter. Tidak sangka pula beliau sangat peramah orangnya. Beliau memberitahu bahawa buku-buku di kedai itu adalah milik beliau sendiri. Teruja sungguh saya mendengarnya - daripada minat kepada buku boleh pula beliau jadikan sebagai sumber pendapatan. Saya kagum!

Apabila ditanya apakah tempat menarik yang boleh kami kunjungi sebelum kami bertolak ke Dunedin, Tuan Rob mencadangkan agar kami pergi ke Yellow-Eyed Penguin Colony untuk melihat anjing laut. Katanya dua tiga hari lepas beliau dan isteri telah ke sana dan mereka dapat melihat beberapa ekor anjing laut sedang melepak di tepi pantai. Tuan Rob menunjukkan arah ke sana pada peta yang memang tersedia di atas meja. Sebelum meninggalkan kedai, helaian peta itu diberikan kepada kami.

Kami berjalan-jalan lagi di sekitar Historic Precint sebelum bertolak ke Yellow-Eyed Penguin Colony. Lagipun Chik mahu ke tandas. Semasa sedang menunggu Chik di luar, saya lihat para pelancong - yang terdiri daripada warga emas - sedang dibawa ke sebuah 'kedai kopi' di seberang jalan oleh seorang makcik yang berpakaian zaman Victorian. Para pekerja di 'kedai kopi' pula berpakaian seperti pelayan/pembantu rumah di zaman Victorian - berbaju gaun hitam dengan apron dan topi putih.

'Kedai kopi' di seberang jalan.

Tidak lama kemudian, makcik yang membawa rombongan tadi keluar dari situ dan berjalan semula ke arah bangunan tempat saya berdiri. 

Alololo makcik...sopannya dia jalan.

Setelah Chik keluar, kami sempat bergambar dan beramah mesra dengan makcik berpakaian zaman Victorian itu. Sebagai salah seorang petugas di bahagian pelancongan, beliau dikehendaki berpakaian begitu supaya pelancong dapat merasai pengalaman gaya hidup di zaman Victorian. Yang paling saya tidak tahan beliau sangat jakun melihat Chik mengambil gambar menggunakan tablet. Siap dibelek-beleknya. Makcik...makcik...memang ketinggalan zaman betullah. Ahaks!

Setelah puas bergambar dan berbual, kami meminta diri daripada makcik itu lalu berjalan menuju ke Steampunk HQ. Terdapat replika kepala kereta api di hadapan bangunan. Menurut penerangan yang tertulis di risalah yang saya ambil di hotel sebelum ini, Steampunk adalah:

"a sub-genre of science fiction, fantasy, alternate history, and speculative fiction that came into prominence during the 1980s and early 1990s"

Lagi ditulis, "head back to an imaginary Victorian time when steam power is King, a place where the petroleum age never arrived and the world continued to grow and develop - here you have Steampunk - History meets Punk."

Menarik bukan? History meets Punk. How cool is that!

Ini gaya punk sakit lutut. Anda dibenarkan untuk meniru gaya ini.

Kedatangan kami disambut oleh seorang pakcik yang bertugas di situ. Setelah menceritakan serba sedikit tentang Steampunk, beliau bertanya sama ada kami mahu melihat kereta api itu beraksi. Sudah tentulah kami mahu. Dengan bayaran NZD2.00 yang dimasukkan ke dalam slot duit syiling yang terletak di hadapan kereta api, ia mula 'hidup.'

Sudah tentu kereta api itu tidak bergerak. Ia cuma mengeluarkan bunyi dan serombongnya mengeluarkan api dan asap seolah-olah ia sedang bergerak.

Kereta api sedang 'bergerak'...choo choo!

Aksi itu berlangsung lebih kurang dalam 5 minit, sebelum ia kembali senyap seperti biasa. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pakcik itu, barulah kami bergerak ke arah kereta.

Sebelum memulakan perjalanan, seperti lazimnya, Chik akan mengeset alamat/arah ke destinasi seterusnya dalam GPS. Malangnya, setelah beberapa kali mencuba dengan pelbagai cara, arah ke Yellow-Eyed Penguin Colony tidak dapat diset. Hairan betul. Bukankah sepatutnya tempat itu termasuk dalam salah satu Places of Interest di Oamaru? Aduhai GPS...hendak Guna Pun Susah...

-Bersambung-       

9 comments:

Waida Yusof said...

Teruja baca tentang polisi bertukar-tukar buku, kemudian sedih melihat rak... sob sob sob

Siti R said...

Itulah...marilah kita menangis bersama2...sob sob..

Kurma said...

yelah.. bagus konsep tukar buku rasa nak tiru. Mr. Rob tu tak sayang ke jual buku2 dia?

Siti, makcik yang pakai Victorian tu, bukan setakat berpakaian begitu untuk menimbulkan feel zaman tu, tapi dia berlakon tak pernah nampak tablet. Zaman victorian mana ada tablet.

Siti R said...

Tiru je, tak payah rasa2...hehehe! Entahlah..dia dah byk sangat buku kot?

Hahaha...mungkin juga, ek? Pandai betul maskcik itu berlakon...kuikui

Siti R said...

Pandai betul aku cipta perkataan baru..drp makcik jadi maskcik...kakaka

Anonymous said...

Assalamualaikum Cik Siti,
Bila nak sambung cerita ke New Zealand ni ye? Saya seronok membacanya.

Nurul

Siti R said...

Waalaikumussalam Cikpuan Nurul,

Insya-Allah, ada kelapangan saya akan sambung. Terima kasih kerana sudi membaca.

* Seronok saya baca komen cikpuan :)

Anonymous said...

Siti, masak kt hostel tu korang bwk alatan sendiri atau guna hostel punya?

Average brp semalam utk hostel..harga ikut bilik atau per head?

Siti R said...

Kebanyakannya guna peralatan hostel. Tapi kawan saya tu ada bwk rice cooker yg kecik utk masak nasi.

Average dlm NZD100...ikut bilik. Kalau dorm mungkin per head.