Saturday, May 23, 2015

Ulasan Travelog "Advantura Pulang Ke Malaya"

Buku comel ini hanya mengandungi 152 halaman. Diterbitkan oleh DuBook Press.

Travelog "Advantura Pulang Ke Malaya" (APKM) ini aku ada sebut dalam entri yang lepas. Boleh rujuk di sini.

Dalam entri tersebut juga aku ada sebut tentang 'sedikit kekecewaan' yang aku rasa selepas membacanya.

Apa dia 'sedikit kekecewaan' yang aku rasakan itu? Aku akan huraikannya di sini.

Kecewa 1. Kisah kembara tuan Badrul Hisham itu tidak ditulis dari A - Z. Untuk kembara yang boleh dianggap sebagai epik, adalah sangat merugikan jika tidak diceritakan kisah dari sebelum, semasa, dan selepas kembara secara terperinci. Maksud aku, bukanlah semua perkara - apa lagi yang remeh-temeh - hendak diceritakan. Memadailah ambil mana-mana pengalaman yang dianggap sesuai untuk bacaan umum. Jadikan ia lebih tebal. Itu sudah cukup mengembirakan bagi aku.

Kecewa 2. Aku rasa bab-bab dalam travelog ini tidak disusun secara kronologi. Aku faham jika tuan penulis hanya mahu menceritakan pengalaman-pengalaman yang menarik dan signifikan dalam kembara berbasikalnya itu. Tetapi lebih molek sekiranya cerita-cerita beliau itu disusun mengikut lokasi negara yang dilalui. Kalian faham kan maksud aku? Aku sering mendapati diri aku tersesat semasa membaca kisah-kisah pendek yang terdapat dalam travelog ini. Lalu ini membawa kepada...

...kecewa 3. Semakin jauh aku membaca, semakin banyak persoalan yang timbul dalam kepala aku. Kalau aku sebut satu persatu persoalan-persoalan yang timbul itu di sini, ia mungkin akan jadi spoiler alert pula kepada yang belum membacanya. Baik aku simpan dalam hati sahaja. Paling mengecewakan, tiada satu pun persoalan itu terjawab walaupun aku telah sampai ke titik terakhir travelog ini.        

Itulah 'sedikit kekecewaan' aku. Sedikit sahaja, kan? Ingin aku tekankan kepada pembaca entri ini dan kepada tuan penulis sendiri (bajet macamlah beliau akan terbaca entri ini...heheheh~) bahawa 'sedikit kekecewaan' yang aku rasa itu tidaklah bermaksud travelog APKM tidak best atau tidak bagus.

Sebenarnya Tuan Badrul Hisham menulis dengan sangat baik. Bahasa Melayunya disusun dengan baik dengan gaya bahasa yang indah. Ada ketikanya beliau menulis dengan gaya yang lebih santai mengikut kesesuaian cerita. Aku juga kagum dengan kebolehan beliau menggambarkan suasana dan keadaan di sekeliling beliau dengan begitu baik sekali - satu kelemahan dalam penulisan yang belum berjaya aku atasi.

Gambar-gambar yang dikongsikan dalam travelog ini juga tersangatlah cantik-cantik belaka...membuatkan aku rasa ingin terbang terus ke tempat-tempat tersebut. Maka, makin bertambahlah wishlist aku dibuatnya.  

Oleh sebab itu, janganlah terpengaruh sangat dengan 'sedikit kekecewaan' aku itu. Setiap orang ada pandangan masing-masing.

Ini cuma pandangan aku, seorang perempuan pengembara yang belum sampai suku dunia pun yang telah dijelajahinya. *face-palm*

Apa lagi nak ada travelog sendiri. *double face-palm

Sekian...izinkan aku membawa diri...(drama je lebih).

8 comments:

Zilla said...

persoalan2 tu tak nak share ke? hehehe...agak2 rekeman tak buku ini utk pembaca lain?

Siti R said...

Okla saya share salah satu persoalan. Ada satu bab awal dia cerita dia kena rompak di Turki, so dia ckp kt perompak2 tu dia nak gi umrah. Perompak jadi kesian kt dia..hehe.. Persoalan yg timbul dlm fikiran saya...dia mmg pergi umrah ke tak lepas tu? Sebab sampai habis buku takde cerita pun pasal dia pergi umrah. Mungkin tak cukup adventure untuk masukkan dlm buku ni.

Hmm...mungkin saya sorang je yg kepochi nak tau benda2 kecik macam tu...so abaikan jelah..hehe

Of course la rekemen...pengalaman2 yg dia ceritakan tu mmg best. Ditambah dgn gambar2 yg cun walaupun kebykkan gambar2 tu kecik. Rugi kalau tak beli dan baca. Beli jgn tak beli :))

Bujang_AlFongsuri said...

tidak seperti yg diharapkan. aku follow diorg di fb semasa diorg masih berkayuh. bagi aku pengembaraan diorg ni sgt best, 11,00KM beb. tapi bila dijadikan buku, mcm byk di cut pulak ceritanya. rantaian cerita tu x bersambung. mungkin masih byk peristiwa yg bad xnak dedahkan dan sekadar menjadi koleksi peribadi beliau.

Siti R said...

Yup...kalau tgk dalam gambar, dia mulakan kayuhan dengan geng sick siders malaysia. Tapi tak tau kenapa dorg terpisah...geng SSM masih lagi dlm perjalanan balik sedangkan dia dah sampai Malaysia dulu...itu antara persoalan yang berlegar2 dlm kepala ni. Cerita tak complete...Hmm...mungkin betul jugak dia tak nak dedah byk sangat.

Anonymous said...

Dia x p umrah pun...sbb die takut nk lalu Syria nk p umrah..harap persoalan anda terjawab

Siti R said...

Owh, ok...terima kasih atas pencerahan :)

Anonymous said...

Ada salah faham antara penulis dan SSM masa di Paris. Tambahan lagi, si penulis dan teman sekayuh dia iaitu Hafiz dah memang target nak sampai Msia seawal Januari 2015. Jadi mereka terpaksa berpecah dua dan terpaksa bergerak gerak ikut haluan masing2. Pada pendapat aku sendiri, pengembaraan kayuh pulang ke Msia yg dibuat oleh si Bad ni takdalah se'epik' mana seperti yang digambarkan oleh si penulis. Terlalu banyak yang dia cut off untuk sampai Msia awal. Dari Bumi Arab tiba2 sampai ke Vietnam? Banyak negara yang epik untuk diexplore dia terlepas di situ.

Siti R said...

Anonymous,

Thank you for the clarification. Ya, saya setuju pengalaman Bad tak se'epik' yg digembar-gemburkan. Anyway, Adeeb SSM dah sampai Malaysia..yay!